• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Dijangka Bertemu Pemain India Di Final

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat bye pada pusingan pertama dan dijangka bertemu pilihan utama dari India, K.Srikanth pada perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Walaupun mendapat laluan mudah namun Chong Wei yang diletakkan selaku pilihan ketiga perlu fokus satu demi satu perlawanan terlebih dulu sebelum melangkah ke separuh akhir dan kemungkinan berdepan HS Prannoy (India) yang merupakan pemain pilihan ketiga kejohanan.

Perseorangan wanita, Sonia Cheah dijangka berdepan laluan sukar apabila bakal ditentang Grace Chua Hui Zhen dari Singapura di pusingan ketiga dan kemungkinan menentang pemenang pingat emas empat tahun lalu, Michelle Li dari Kanada.

Bagi acara beregu lelaki pula, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang merupakan pilihan utama, dijangka menerima cabaran sebenar pada pusingan separuh akhir apabila kemungkinan berdepan pasangan England, Marcus Ellis-Chris Langridge.

Turut beraksi dalam acara beregu lelaki ialah Chan Peng Soon-Goh Soon Huat.

Beregu wanita Vivian Hoo-Chow Mei Kuan yang baru digandingkan bakal berdepan pilihan keempat, Chloe Birch-Jessica Pugh dari England di suku akhir.

​​​​​​Gandingan tersebut turut mempamerkan aksi cemerlang apabila layak ke final beregu wanita pada kejohanan Cabaran Antarabangsa Vietnam di Hanoi pada minggu lepas.

Mereka bagaimanapun tewas kepada beregu Korea Selatan, Baek Hana-Lee Yurim, yang juga pilhan kedua kejohanan.

Bagi acara beregu campuran pula, jika berjaya mengatasi halangan awal, kedua-dua beregu Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berpeluang bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir.

Bagi acara berpasukan Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama-sama Kanada, Ghana dan Seychelles.

Sukan badminton bagi acara berpasukan akan bermula pada esok hingga 9 April manakala bagi acara individu pula akan berlangsung dari 10 hingga 15 April di Carrara Sports and Leisure Centre. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd