KUALA LUMPUR – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat CGC Enterprise.
Penolong Naib Presiden Komunikasi Korporatnya, Kumaran Vyraperumal berkata, pihaknya menerima aduan mengenai syarikat itu yang menggunakan logo CGC.
“CGC Enterprise juga menggunakan nama pegawai kami untuk menawarkan pembiayaan kewangan yang palsu kepada orang ramai.
“Pihak kami telah pun membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan logo syarikat dan nama pegawai kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Kumaran Vyraperumal meminta orang ramai ramai berwaspada dengan penipuan itu membuat aduan kepada pihak polis jika ditipu.
Kata beliau, CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak kami sama ada untuk produk- produknya mahupun perkhidmatannya.
“Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di talian yang berikut: 03-7880 0088 atau emel kami di [email protected] untuk mendapatkan kepastian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC