• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM, CGC Bangun Platform Pinjaman Usahawan

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bank Negara Malaysia (BNM) sedang bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk membangunkan satu platform pinjaman dalam talian bagi kemudahan usahawan membuat carian dan memohon pakej pinjaman.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata platform yang dijangka siap pada akhir tahun ini, akan mengurangkan kos pencarian maklumat oleh kalangan usahawan.

“Kajian menunjukkan para usahawan mengambil masa hampir 25 jam untuk mencari maklumat berkaitan pilihan pembiayaan dan menyediakan kertas cadangan untuk memohon sesuatu pinjaman,” kata beliau ketika berucap di majlis Karnival Kewangan Sabah di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Pengerusi Financial Industry Collective Outreach (FINCO), Tan Sri Azman Hashim.

Karnival yang bertemakan ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’, bertujuan mendidik orang ramai mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmatan sedia ada yang boleh membantu menguruskan kewangan dengan lebih berkesan.

Muhammad berkata satu makmal bagi mempertingkatkan akses pembiayaan juga akan dilaksanakan bagi menawarkan bantuan susulan yang cepat dan sistematik kepada peminjam yang tidak berjaya dalam pilihan pakej pinjaman.

Beliau turut menyifatkan inisiatif itu penting bagi membantu mereka mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan peluang bagi memperoleh pinjaman pada masa hadapan.

“Pembiayaan alternatif termasuk modal teroka dan kemudahan yang disediakan oleh lain-lain agensi kerajaan terus menyokong pembangunan bidang pertumbuhan baru dan usahawan yang memulakan perniagaan,” katanya.

Selain itu, Muhammad berkata BNM juga akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan SME Corp Malaysia untuk membangunkan pembiayaan alternatif yang lain seperti pemfaktoran, pajakan serta pembiayaan berasaskan pasaran seperti dana masyarakat dan peminjaman P2P (rakan setara).

Jelasnya, usaha-usaha itu merupakan lanjutan komitmen berterusan BNM memastikan persekitaran ekonomi dan dasar monetari yang kondusif untuk menyokong perkembangan perniagaan.

“BNM juga sedang bekerjasama dengan pihak industri untuk mengembangkan produk simpanan mikro pemegangan jangka panjang, khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan menjana pulangan yang lebih tinggi daripada akaun simpanan asas,” katanya.

Menyentuh prospek Sabah, Muhammad menyifatkan negeri itu beraspirasi menjadi gerbang bagi perdagangan, pelaburan, pelancongan dengan peluang pekerjaan yang kukuh, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta komuniti yang bersatu padu dan harmoni.

Sabah juga, kata beliau, telah menunjukkan prestasi kemajuan pembangunan negeri yang memberangsangkan dan kadar pertumbuhan ekonomi dari segi keluaran dalam negeri kasar mencatat 6.1 peratus pada tahun 2015.

Malah, kadar pinjaman tidak berbayar oleh usahawan Sabah merupakan antara yang terendah dalam negara, kata Muhammad. – BERNAMA

Tags: BNMCGCDatuk Muhammad Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd