• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Azmin Dalam PKR Selepas PRU14

oleh Haris
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PKR kini dikuasai oleh dua pusat kuasa; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden dan berkuasa dengan “kartelnya” di Selangor, dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang bersemayam di “Istana Segambut”.

Dua faksi ini sedang bersaing dengan cukup sengit untuk menguatkan lagi cengkaman ke atas Selangor, negeri kaya yang menjadi satu-satunya lubuk untuk menguatkan kedudukan dan memastikan survival.

Pertikaian senarai calon PKR Selangor membuktikan pertembungan ini semakin dahsyat, kerana Pilihan Raya Umum ke-14 ini ialah penentu kepada kuasa mereka.

Selesai PRU14, mereka sama ada akan lega kerana terselamat atau terpaksa akur dengan nasib pasukan mereka.

Masing-masing macam mana pun, akan menyusun semula gerakan untuk bertempur lagi pada penggal akan datang.

Azmin selepas ini akan mensasarkan kerusi presiden PKR pula, dan atas sebab ini, kerusi menteri besar dan Ahli Parlimen Gombak sangat penting untuk beliau kekalkan.

Sumber kuasa itu (dalam bentuk kuasa politik, penyokong dan manfaat lain) akan membantu beliau untuk mengukuhkan cengkaman dalam PKR dan mengatasi kuasa keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tokoh utama keluarga Anwar tentulah Nurul Izzah Anwar, pemimpin muda yang padanya disandarkan harapan untuk meneruskan legasi Anwar dan Wan Azizah.

Nurul Izzah menghadapi laluan yang sukar selama ini kerana pengalaman politik yang kurang dan hubungan dengan ahli yang tidak kuat.

Berbeza dengan Azmin, Nurul Izzah jauh ketinggalan di belakang dalam perlumbaan untuk mendaki puncak kuasa dalam parti.

Beliau malah ditentang oleh beberapa orang lama apabila satu masa dulu mahu bertanding merebut jawatan naib presiden.

Dalam krisis terbaru ini, Azmin telah menunjukkan yang beliau mempunyai kuasa yang besar dan sukar digugat oleh Wan Azizah.

Wan Azizah terpaksa berhadapan dengan Azmin tanpa Anwar untuk membantunya dan hanya akan keluar dari penjara pada Jun nanti.

Walaupun ada calon kartel digugur, Azmin dan orang-orang kanannya terselamat dan akan terus menjadi sebahagian pasukan yang menguatkan dan menyokong Azmin dalam PKR.

Selepas ini, cabaran yang perlu dihadapi Azmin ialah Anwar sendiri yang akan bebas dari penjara tidak lama lagi, sekiranya kedua-duanya tidak berkompromi dan terus merebut kuasa.

Sekiranya berlaku pertembungan antara kepentingan Anwar dengan Azmin nanti, boleh dikatakan kekuatan kedua-duanya hampir setara.

Anwar masih lagi pemimpin paling berpengaruh dalam PKR, tetapi pengaruh Azmin yang sudah membina penyokong tidak boleh dipandang rendah. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd