• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan ‘Dijajah’ China, Tapi Singapura, Sindir Menteri

oleh
16/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEDULI apa tipu asal boleh bakar sentimen dan cetus kemarahan rakyat kepada kerajaan. Itulah strategi jahat pembangkang yang ‘kering modal’ menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

Maka dalam senario tengah panas sekarang, mulalah semakin banyak cerita pembohongan lama yang terpaksa dikitar semula dan disebar tular menerusi media sosial demi hasut rakyat untuk mengundi calon pembangkang.

Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkalnya, memang tentu ‘naik angin’ kalau dengar berita kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang rancak jual habis segala aset kedaulatan negara kepada para pelabur besar dari China.

Walhal berkali-kali pihak kerajaan waima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menjelaskan hal ini, namun pembangkang terus putar dan putar lagi. Siapa tahu ada termakan fitnah itu sebelum hari PRU tiba.

Kesal dengan taktik jahat itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan segala macam, hari ini sekali lagi tampil untuk mematahkan dakyah negatif itu.

Sekali imbas kita tengok perangkaan yang beliau bentangkan mengenai isu pelaburan asing di Malaysia ini kita dengan mudah boleh nampak negara mana yang terbanyak iaitu bukan China sebaliknya jiran kita, Singapura! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BERIKUT KENYATAAN PENUH DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN:

Semakin hampir kita dengan tarikh PRU ke-14, maka semakin banyak propaganda disebarkan oleh pembangkang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Kisah BN jual kedaulatan negara kepada China kini tersebar semula di media sosial. Propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka sebenarnya tetapi berasaskan fitnah jahat untuk cipta persepsi negatif kepada BN.

Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65 bilion. Ini lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 bilion) dan Jepun (RM71.6 bilion).

Jumlah pelaburan China di Malaysia hanya adalah ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun. Menurut logik pembangkang, kedaulatan Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu.

Ini kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China dalam negara kita.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja.

Jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia.

Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27 bilion) dalam Projek RAPID Pengerang. Saya malah yang terlibat secara langsung di dalam rundingan itu.

Saya bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi Malaysia.

Rakyat Malaysia sepatutnya berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini. Berita palsu yang disebarkan oleh pembangkang boleh menjejaskan ekonomi negara.

Ia akhirnya akan merugikan kita sendiri. Sekiranya pelaburan masuk ke Malaysia terjejas, tidak banyak pekerjaan boleh dicipta untuk rakyat Malaysia seterusnya mengurangkan peluang untuk menjana pendapatan.

Bagi pembangkang mereka akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuklah mensabotaj ekonomi negara dan rakyat.

Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN pajakkan kepada mana-mana negara asing. Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita cintai ini.

Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional

– 14/4/2018

Tags: Abdul Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kompleks Wanita, Kanak-Kanak Kajang Siap 2021

Next Post

JKDM Rampas 1.2j Batang Rokok Keretek

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan: 7 Saranan Untuk Kerajaan

17/03/2020
0

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet: 1. Benarkan pengusaha kimia untuk...

Hapus GST Punca Dasar Ekonomi PH Jadi Kalut

28/08/2018
0

BONGKAR... Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan diayah jahat kerajaan Pakatan...

Next Post

JKDM Rampas 1.2j Batang Rokok Keretek

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd