• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubar DUN: MB Menghadap Sultan 11 April

oleh Ahmad Albab
06/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadual menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin, Rabu ini, untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, pertemuan tersebut akan berlangsung pada pukul 8 pagi di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

“Ini adalah bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang ke-14, selari dengan pembubaran Parlimen yang dibubarkan pada 7 April sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sidang akhbar khas akan diadakan selepas mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada hari yang sama kira-kira 12.30 tengah hari di Wisma Darul Iman,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan masing-masing empat disandang BN dan PAS. BN menang 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri manakala PAS (14) dan PKR (satu). – BERNAMA

Tags: PRU-14Terengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd