• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Periksa Pusat Mengundi, Pastikan Keselamatan

oleh Ahmad Albab
04/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 778 buah pusat mengundi di seluruh negara telah di periksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Sri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata sehingga hari ini pemeriksaan keselamatan kebakaran juga dilakukan ke atas 34 buah pusat penjumlahan undi.

Katanya, di seluruh negara terdapat 2,076 buah pusat mengundi dan 67 buah pusat penjumlahan undi, kini masih lagi terdapat 62 peratus (1,298 buah) pusat mengundi dan 49.3 peratus (33 buah) pusat penjumlahan undi yang masih belum diperiksa.

“Kita juga menunggu jika ada senarai akhir premis yang akan digunakan semasa PRU14 untuk kita membuat pemeriksaan dan selalunya sekolah atau dewan serba guna akan yang digunakan untuk pengiraan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan penganugerahan Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Sementara itu Wan Nawawi berkata kerajaan negeri tidak akan membenarkan semua parti yang bertanding menggunakan premis dan tiang elektrik untuk menggantung bendera parti ataupun kain rentang untuk berkempen.

“Saya telah memberi arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu untuk melarang semua parti menggunakan apa sahaja harta milik kerajaan untuk berkempen… kita memandang serius penggunaan tiang ekektrik atau tempat-tempat awam termasuk jambatan.

“Tak kira parti kerajaan mahupun pembangkang, kita tidak benarkan dan memang kita akan turunkan kerana ia boleh mendatangkan ketidakselesaan pengguna jalan raya dan berbahaya,” katanya.

Tambah Wan Nawawi, sebelum ini pihaknya telah pun memanggil semua jentera dan petugas-petugas parti untuk berbincang serta memberi arahan agar tidak menggunakan kawasan larangan tersebut.

“ Mereka bersetuju untuk memberi kerjasama dan di Terengganu setakat ini parti PAS dan semua parti yang lain kita telah panggil dan mereka memberi kerjasama…diharapkan kerjasama ini akan berterusan sehingga ke musim PRU14…ada yang telah menurunkan bendera yang telah dipasang,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatan penjawat awam di dalam politik, Wan Nawawi berkata mereka yang ingin berbuat demikian perlulah mendapatkan kebenaran dan setakat ini pihaknya belum menerima permohonan sedemikian. – BERNAMA

Tags: BombaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd