• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terus Utamakan Gaya Hidup Sihat Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesihatan serta gaya hidup sihat menjadi elemen utama yang dititikberatkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia dan ia dijanjikan dalam Manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Antara lain ia menjanjikan perluasan bidang tumpuan bagi merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, psikologi dan sosial, serta melakukan usaha berterusan untuk menilai elemen kesejahteraan rakyat.

BN menjanjikan untuk meningkatkan kadar pelepasan tahunan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Parti itu turut menjanjikan untuk membina sebuah Hospital Veteran ATM pertama di Malaysia, di Ipoh, Perak yang akan memanfaatkan lebih 300,000 veteran tentera manakala lebih 1 juta rakyat Malaysia akan terus menikmati subsidi bil elektrik bulanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, melancarkan Manifesto yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’, malam ini.

Berikut adalah janji-janji lain dalam manifesto itu berkaitan gaya hidup sihat:

Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan luar bandar melalui Klinik 1Malaysia (K1M).

Memperluaskan konsep Pasukan Doktor Keluarga Percuma untuk penghidap penyakit kronik.

Memberi pesara perkhidmatan bantuan kesihatan seperti haemodialisis dan dana bantuan rawatan.

Membangunkan hospital dan klinik kesihatan baharu dengan penambahan anggota Pasukan Medik Bergerak.

Membina lebih banyak poliklinik di kem tentera bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menyediakan pemeriksaan kesihatan rutin tanpa syarat di klinik-klinik kesihatan kerajaan bagi golongan muda.

Menyediakan modul khusus untuk intervensi awal keluarga yang mempunyai anak autisme dengan PERMATA.

Membuka keahlian kelab khas dan program komuniti terpilih untuk golongan pesara dan warga emas.

Memperkemaskan perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada warga emas dan pesakit terlantar melalui lawatan rumah ke rumah.

Mempermudahkan sistem urusan kesihatan melalui kaedah dalam talian.

Menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah yang lebih efisien di kawasan-kawasan luar bandar.

Membina lebih banyak taman poket di bandar-bandar seluruh negara.

Mentransformasi kawasan tinggalan dan bangunan usang untuk dijadikan ruang rekreasi komuniti.

Menyusun program dan inisiatif baharu dalam menangani isu kesihatan mental.

Mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan dan ambulans.

Mempertingkatkan kewibawaan pakar dan keupayaan teknologi di Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.

Memperkenalkan pusat penjagaan dwifungsi untuk kanak-kanak dan warga emas.
Menaik taraf peralatan dan kepakaran di hospital-hospital ATM.

Memperkasakan Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) ke seluruh negara.

Membantu pusat transit dan memperluaskan program bantuan untuk kumpulan gelandangan.
Memperhebatkan Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP).

Memperkenalkan undang-undang Air demi menjamin akses air bersih untuk rakyat.

Memperkenalkan undang-undang baharu pemuliharaan dan pengurusan hutan yang mampan.

Merealisasikan Malaysia sebagai negara ekonomi hijau melalui penurunan kadar pelepasan karbon.

Menggalakkan sektor swasta untuk terus meyumbang kepada pembangunan zoo, hidupan liar dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: Gaya HidupManifesto BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd