• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pasir Salak Lancar Manifesto Khas Golongan Muda

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK — Barisan Nasional (BN) Pasir Salak hari ini melancarkan manifesto khas untuk golongan muda bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

Pengerusi BN Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata manifesto yang menggariskan lima akujanji itu antaranya itu berkaitan kebajikan dan kesejahteraan golongan tersebut.

“Ia termasuklah akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan tersebut selain akan menyediakan lot dan tapak perumahan bagi membolehkan mereka mendirikan rumah.

“Kami buat manifesto khas ini kerana kami mahu mereka dapat kehidupan lebih selesa di sini tanpa perlu berhijrah ke luar mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Gempur 2314 Pemuda BN Pasir Salak di perkarangan Stesen Bas Kampung Gajah di sini, hari ini.

Bersempena majlis pelancaran itu, kira-kira 3,000 peserta konvoi terdiri daripada Pemuda BN berkonvoi sejauh empat kilometer dari Sungai Ranggam ke pekan Kampung Gajah.

Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak berkata dalam usaha membantu golongan muda menjana dan menambah pendapatan, tanah rancangan berkelompok akan diwujudkan untuk projek tanaman nanas dan kelapa sawit.

“Saya juga telah merancang menjadikan tebing Sungai Perak sebagai projek agro-pelancongan dan ia telah diluluskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan setakat ini kertas kerja sedang dirangka oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Gajah,” katanya.

Tajuddin yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pihaknya juga merangka untuk membina sebuah bangunan diberi nama Wisma Warisan Anak Bangsa yang menempatkan pejabat UMNO Bahagian Pasir Salak di tapak stesen bas Kampung Gajah. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd