• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pahang Kekal Majoriti Penyandang Kerusi

oleh
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) mengekalkan seramai lapan penyandang daripada 10 kerusi Parlimen yang kuasai parti itu di negeri ini sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Mereka ialah Datuk Abdul Rahman Mohamad di Lipis, Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Datuk Seri Ismail Ab. Muttalib (Maran), Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Datuk Seri Hasan Ariffin di Rompin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula bakal mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 selepas ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Bagi satu lagi kerusi yang dimenangi BN pada PRU Ke-13 iaitu Cameron Highlands, parti itu mempertaruhkan muka baharu dengan meletakkan Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh sebagai calon mereka di situ.

Kerusi Parlimen Paya Besar yang dikuasai BN sebelum kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pula ditandingi oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah.

Muka baharu lain yang dibawa masuk untuk bertanding di kerusi Parlimen kali ini ialah Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun (Raub) dan Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean (Kuantan).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin yang juga penyandang kerusi DUN Lanchang pula ‘beralih angin’ apabila diletakkan bertanding di Parlimen Temerloh.

Beliau menjadi calon tunggal yang bertanding di dua kerusi di negeri ini apabila turut diletakkan di DUN Lanchang. Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

BN turut mempertaruhkan seorang doktor perubatan, Datuk Dr. Johan Mat Sah yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Indera Mahkota untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Persaingan merebut kerusi itu antara yang menarik apabila PAS mengumumkan Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan manakala PKR meletakkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Senarai calon BN Pahang itu diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu majlis khas di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

13/04/2026
0

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja,...

PM Anwar Dinasihat Kurangkan Kemunculan

PM Anwar Dinasihat Kurangkan Kemunculan

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin muda Barisan Nasional (BN) mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kurangkan membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd