• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Johor Sudah Serah Senarai Kepada PM

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor telah menyerahkan senarai calon pilihan raya umum ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN untuk ditimbangkan.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagaimanapun perubahan calon mungkin akan berlaku pada saat-saat akhir.

“… sebab ia juga mengambil kira pandangan orang ramai dan tentunya kita beri perhatian kepada calon-calon yang hendak diletakkan pembangkang, justeru kita belum 100 peratus muktamad,” katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor demikian kepada pemberita selepas menghadiri temu ramah Program Bicara Yang Berhormat (YB) oleh stesen radio Johor FM, di sini hari ini.

Beliau menganggarkan jumlah yang belum muktamad itu lima hingga 10 peratus.

Mengenai manifesto BN Johor, Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata ia akan dilancarkan selepas pelancaran manifesto peringkat pusat pada Sabtu ini.

“Kita mahu masyarakat menghadamnya (manifesto pusat) terlebih dahulu, selepas itu baru kita lancarkan manifesto peringkat negeri.

“Kita juga telah kenal pasti beberapa tawaran khusus untuk Johor dan kita mahu lihat sama ada tawaran itu ada atau tidak dalam manifesto pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd