Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Dr M Tak Seharusnya...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau...

Kos Sara Hidup Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pengguna bersetuju bahawa peningkatan kos sara hidup yang menjadi...

Ahmad Zahid Lakukan Lawatan...

NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan...

Banjir Di Kelantan, Terengganu...

KUALA LUMPUR: Kelantan dan Terengganu menunjukkan trend penurunan daerah yang terkesan dengan banjir,...

BN Di Lima Lagi Negeri Umum Calon PRU14

KUALA LUMPUR – Sorakan dan tepukan semangat mengiringi pengumuman calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di lima negeri – Johor, Kelantan, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan – yang antara lain menyaksikan dua pemimpin negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi BN Johor Mohamed Khaled, 59, akan mempertahankan kerusi DUN Permas serta bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang yang pernah dimenanginya pada PRU11 dan PRU12. Ia menyaksikan penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Normala Abd Samad, yang menang dengan majoriti 935 undi untuk mengalahkan calon PKR Ahmad Faidhi Saidi sebelum ini, digugurkan daripada senarai calon.

Mustapa, 67, yang merupakan Pengerusi BN Kelantan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Jeli bagi penggal keempat dan DUN Ayer Lanas untuk penggal ketiga.

Pengumuman calon itu juga menyaksikan enam wanita dicalonkan bagi kerusi Parlimen dan 24 orang di kerusi DUN melibatkan Johor (empat Parlimen, tujuh DUN), Selangor (satu Parlimen, tujuh DUN), Melaka (satu Parlimen, dua DUN), Kelantan (lima DUN) dan Negeri Sembilan (tiga DUN).

‘Orang lama’ Tengku Razaleigh Hamzah, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 13 April lepas, pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang di Kelantan untuk penggal kelapan manakala Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar, 60, dan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, 68, masing-masing akan mempertahan kerusi Parlimen Tanjong Karang bagi penggal keenam dan Johor Bahru bagi penggal ketujuh.

Di JOHOR BAHRU, majlis pengumuman calon di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor menyaksikan seramai 37 muka baharu bertanding di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN di negeri itu.

Mohamed Khaled berkata UMNO akan bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 35 DUN, MCA (lapan Parlimen, 15 DUN), MIC (satu Parlimen, empat DUN) dan Gerakan (satu Parlimen, dua DUN).

Antara pemimpin utama yang kekal bertanding mempertahankan kawasan Parlimen masing-masing ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam (Segamat) dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam).

Di MELAKA, Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Haron berkata 34 calon yang dipilih kepimpinan tertinggi BN untuk bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen mempunyai rekod baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pada majlis pengumuman calon di Seri Bendahara, Ayer Keroh, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dicalon semula untuk Parlimen Hang Tuah Jaya (sebelum ini dikenali Parlimen Bukit Katil) walaupun tewas dengan majoriti 5,447 undi pada PRU13 lepas.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bertukar kerusi daripada Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput manakala Idris kekal di DUN Sungai Udang dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Emieyati Samsuddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah.


Di SHAH ALAM, BN Selangor mempertaruhkan sebanyak 57 calon baharu daripada keseluruhan 78 calon bagi 22 kerusi Parlimen dan 56 DUN dalam misi merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

Selepas majlis pengumuman calon BN di Bangunan UMNO Selangor, Noh berkata secara keseluruhan, UMNO bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 35 kerusi DUN, MCA (lapan kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN, MIC (empat kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN) manakala Gerakan (satu kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN).

Di KOTA BHARU, BN Kelantan mempertaruhkan 30 calon muka baharu serta pemimpin veteran dalam usaha merampas semula negeri tersebut daripada cengkaman PAS sejak 28 tahun lepas.

Pada majlis pengumuman calon di Bangunan UMNO Kelantan, Mustapha berkata BN Kelantan menyasarkan untuk memenangi 32 kerusi DUN dan sembilan Parlimen daripada 14 Parlimen dan 45 DUN yang ditandingi.

Di SEREMBAN, Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama tiga penggal manakalas Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.

BN turut mencalonkan personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail, 41, atau lebih popular sebagai Syamsul Debat untuk bertanding di kerusi DUN Sikamat.

Pengumuman hari ini menjadikan tujuh daripada 14 negeri telah mengumumkan calon masing-masing selepas BN Wilayah Persekutuan dan BN Terengganu berbuat demikian semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. – BERNAMA

Kategori