Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Syed Azmi, Wardina Malukan...

KANTOI setelah terbongkar dirinya mendedahkan kes cabul konon berlaku di sebuah pusat pengajian...

Kaji Kesan Pokemon Go...

BUKIT MERTAJAM - Pihak berkuasa diminta melaksanakan kajian berhubung kesan buruk dan baik...

3 Lelaki Samun Kedai...

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di kawasan Bangi...

Jualan Proton Meningkat 12.5%...

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12.5 peratus setakat tahun...

BN Beri Komitmen Bantu Usahawan Muda – Musa

SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) memberikan komitmen berterusan untuk membantu golongan muda yang ingin terlibat dalam perniagaan sendiri, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.

Ketua Menteri Sabah itu berkata komitmen itu yang dilaksanakan menerusi pemberian bantuan khususnya menerusi agensi kerajaan bagi menggalakkan inisiatif golongan muda untuk menjana pendapatan.

“Hasrat kita dapat menjana pendapatan orang muda untuk berdikari. Sebab itu BN sentiasa memberi perhatian kepada golongan anak muda khususnya membantu mereka untuk menjana pendapatan.

“Usaha kita untuk memberi peluang kepada anak muda supaya mereka boleh berjaya apa juga lapangan mereka terokai,” katanya pada Majlis Penyerahan Motosikal Mobilepreneur di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Borhan Dollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Jamal Nasir Othman.

Seramai 155 usahawan muda di daerah ini menerima bantuan motosikal di bawah program KKLW.


Mereka terlibat dalam perkhidmatan antaranya spa dan kecantikan, fotografi, senggaraan bangunan, senggaraan paip dan gunting rambut.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata komiten BN terhadap golongan muda turut diberi keutamaan dalam Manifesto pilihan raya umum ke-14 ini.

Dalam manifesto BN PRU Ke-14, antara yang digariskan untuk orang muda adalah meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda. – BERNAMA

Kategori