• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah menahan Musa semalam bagi membantu siasatan itu namun dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi memberi jaminan siasatan ke atas Musa dijalankan secara telus dan adil mengikut undang-undang.

Semalam, dilaporkan Musa yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, yang sedang menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di sekitar Lembah Klang, ditahan polis pada 10 pagi.

Turut dilaporkan Majistret Petaling Jaya semalam menolak permohonan polis untuk menahan reman Musa mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Musa yang meninggalkan negara ini pada 16 Mei dilapor mendapatkan rawatan di London, pulang ke tanah air dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 6.45 petang Selasa, dari Seletar, Singapura.

Bekas ketua menteri Sabah itu dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Juhar pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.

Musa turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Anggota Dewan Undangan Negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa AmanKPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd