• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Akan Terus Bangunkan Sabah Dan Sarawak

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membangunkan Sabah dan Sarawak jika diberi mandat menerajui kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, hanya BN yang boleh memastikan kesinambungan pembangunan dan menjaga rakyat, bukan sahaja di kedua-dua negeri berkenaan malah di seluruh negara.

“Kita tahu negeri yang ditadbir pembangkang, tiada lebih (kemajuan) yang dibuat oleh mereka kerana kemajuan yang diperoleh mereka bertapak daripada BN.

“(Jadi) jangan kabur mata, terpesong fikiran kerana negara masih memerlukan BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Parlimen Kimanis di Bongawan dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemimpin BN mempunyai daya tahan luar biasa dan sanggup berkorban masa untuk memastikan rakyat maju.

Ahmad Zahid berkata, ini terbukti melalui manifesto BN pada PRU13 yang berjaya dilaksanakan hampir sepenuhnya iaitu 99.4 peratus.

“Ertinya, semua dalam manifesto untuk PRU14 ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh BN (jika menang pilihan raya). Kita (BN) merangkumi semua lapisan masyarakat,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan segala-galanya untuk rakyat sejak memimpin negara dan memberi jaminan manifesto BN untuk PRU14 ini bukan janji kosong.

“Manifesto BN (untuk PRU14) memberi penekanan untuk lima tahun akan datang. Bukan janji kosong, bukan janji 100 hari.

“Apabila Perdana Menteri diwawancara oleh media asing (selepas melancarkan manifesto), beliau berkata pembangkang tidak akan dapat melaksanakan semua janji dalam manifesto mereka berbanding BN,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd