• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bidas Pihak Dakwa Beliau Berpolitik Dalam Masjid

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini membidas tindakan sesetengah pihak yang mendakwa beliau berpolitik di dalam masjid sehingga isu itu tular menerusi media sosial semalam.

Katanya perbuatan yang tidak berdasarkan fakta itu adalah politik kotor yang bertujuan mencemarkan imejnya.

“Cari kelemahan dalam pentadbiran kerajaan untuk saya jawab jika ada, ini barulah profesional,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat dan Perasmian Program KEMAS 4U Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di sini, hari ini.

Azlan yang juga calon Barisan Nasional untuk DUN Bintong menjadi sasaran pengguna media sosial apabila isu beliau memberi sumbangan bersempena Ramadan kepada golongan kurang bernasib baik di sebuah masjid dipesongkan seolah-olah beliau berucap mengenai politik di dalam masjid, sekali gus melanggar titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail baru-baru ini.

“Saya bukanlah rakyat yang mencabar kedaulatan raja, tambahan pula dalam kedudukan saya sebagai menteri besar, jadi tak payah guna isu begini dengan tujuan politik murahan dalam masa sama nak cemarkan nama saya,” katanya lagi.

Azlan turut mengingatkan semua pihak agar mengkaji maklumat yang tersebar sebelum membuat rumusan bagi menghindari fitnah.

Sementara itu mengenai beberapa insiden melibatkan calon gabungan pembangkang PKR yang hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, Azlan berkata dari situ rakyat boleh menilai kemampuan pembangkang untuk mentadbir negara.

“Kalau dalam urusan penamaan calon pun tak boleh teliti macam mana nak tadbir sesebuah negara?” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan Manmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd