• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Semula Mandat Kepada BN Teruskan Pembangunan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Selangor memberi semula mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pembangunan yang telah dimulakan oleh pimpinan terdahulu BN di negeri itu.

Menggunakan perumpaan sawah padi untuk menggambarkan keadaan di Selangor, beliau berkata pemimpin BN terdahulu telah ‘menanam benih padi, membaja dan membajak’ tanaman itu namun kini apabila sawah padi menguning, pihak lain pula yang menuainya.

‘Pihak lain’ yang disebut Ahmad Zahid jelas merujuk kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dahulu di Selangor, yang tanam, baja dan bajak sawah padi politik ialah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (bekas menteri besar) tetapi yang menuai sekarang, orang lain sampai air bendang kering, sawah jadi kering.

“…BN wajib ambil alih Selangor. Kita mesti tuai padi yang kita tanam, kita mesti jual padi yang kita tanam, jangan kita tanam orang lain tuai, jual dan kemudian dabik dada kata ini semua hasil yang mereka lakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Muhammad. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd