Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

RUU Antiberita: Tak Wujud...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Emoji Menangis Kegembiraan Dipilih...

JIKA tahun-tahun sebelum ini perkataan 'alaf baru' seperti selfie dan vape dipilih menjadi...

Pengguna Jalan Raya Dinasihatkan...

TUMPAT - Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan kecemasan ketika berlaku...

Jutawan UAE Mahu Beli...

LONDON - Liverpool Football Club (FC) antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaharu...

Beri Laluan Kepada Dukun, Qhaliq Sedia ‘Undur Diri’

PENGARAH terkenal, Ahmad Idham memaklumkan bahawa beliau akan hantar surat permohonan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk menarik balik tarikh tayangan filem Qhaliq yang bakal menemui penonton pada pada 5 April ini.

Merujuk laporan sebuah portal berita, Idham bertindak sedemikian bagi memberi laluan kepada filem seram, Dukun yang mana secara kebetulan turut ditayangkan pada tarikh tersebut.

Idham berkata, beliau melihat ‘pertembungan’ filem tempatan secara serentak boleh memberi kesan langsung kepada kedua-dua karya berkenaan.

“Persoalan saya mengapa filem Dukun masuk secara saat akhir. Saya tertanya-tanya adakah filem ini melalui proses yang betul sama seperti filem-filem lain.

Tujuan utama saya juga adalah untuk memastikan semua pihak menerima layanan sama rata. Jujurnya bukan niat utama saya untuk menutup laluan filem Dukun untuk ditayangkan.

“Tetapi tujuan utama saya adalah untuk memberi sepenuh sokongan kepada filem ini. Jadi saya memohon agar filem Qhaliq ditarik semula dan ditayangkan pada tarikh berbeza,” kata Idham.

Disebabkan perkara itu, ada pihak yang mengatakan Idham gentar untuk menghadapi persaingan namun namun perkara itu disangkal oleh pengarah berkenaan.


Idham menjelaskan bahawa beliau lebih risau dengan budaya yang membenarkan dua tayangan serentak hingga mengakibatkan kerugian kepada penerbit sendiri.

“Tiada istilah saya takut persaingan, saya sebenarnya tidak kisah jika filem saya tidak dapat sambutan. Saya lebih risaukan budaya mengapa filem kita perlu bersaing sedangkan kita tak perlu bersaing.

“Persoalan saya juga mengapa sistem yang kita ada kini membenarkan perkara ini berlaku. Apa yang akan berlaku kepada penerbit-penerbit kecil kita pada masa hadapan,” jelas Idham. 

Baca: 12 Tahun Terperap, ‘Dukun’ Ditayangkan 5 April

Difahamkan, setelah ‘terperap’ selama hampir 12 tahun, filem yang diadaptasi daripada kisah bomoh terkenal Mona Fandey, Dukun akhirnya bakal ditayangkan di pawagam selepas ditangguhkan tayangan pada tahun 2007.

Berita ini nyata menggembirakan penggemar filem tempatan bergenre mistik setelah menanti terlalu lama untuk filem kontroversi yang bakal ditayangkan pada 5 April ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori