KUALA LUMPUR – “Loke dah Out.. Min pun Out.. Nismilan memang all Out..Warna BIRU kita kasi SHOUT…”
Demikian hantaran di muat naik oleh penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menerusi akaun media sosial beliau.
Dalam hantaran berasingan beliau mengulas satu poster yang bertulis ‘Ahmad Idham Menyesal Sokong Pakatan Harapan’
“Wow, siap ada buat kan poster la. Alhamdulillah syukur yang suara saya masih didengari untuk dikongsi.
“Pada saya ‘simple’ sahaja. Sebagai manusia saya juga tidak ‘perfect’ dan ada buat silap.
“Maaf ya.. saya tak boleh berada dalam kelompok mungkiri janji dan khianat amanah rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ahmad Idham


