• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas SUA Najib, Datuk Mochtar Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Besar Pahang, Datuk Mochtar Mahmud Baginda, 81, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini akibat sakit tua.

Anak bongsu Allahyarham, Maryati Mochtar, 53, berkata bapanya meninggal dunia pada 5 petang tadi ketika pergi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan rutin dialisis bagi penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

“Ayah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menjalani rawatan berkenaan dan jenazah telah dibawa ke kediamannya di Batu 3 Jalan Gambang di sini untuk dikebumikan esok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham yang lahir pada 21 Jun 1937 dan pernah menjadi wartawan Utusan Melayu meninggalkan seorang balu Halifah Mat Noh, 80 tahun serta dua anak perempuan Fatimah, 57, dan Maryati.

Mochtar yang berasal dan menetap di Kuantan, pernah menjadi setiausaha akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu merupakan Menteri Besar Pahang pada Mei 1982 hingga Ogos 1986.

Selain Najib, Allahyarham juga pernah menjadi setiausaha akhbar kepada dua Menteri Besar Pahang sebelum Najib iaitu Datuk Rahim Abu Bakar dan Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman.

Beliau juga merupakan insan penting yang memainkan peranan membuka jalan kepada Rundingan Hat Yai antara pihak berkuasa Malaysia dengan pemimpin utama PKM seperti Abdullah CD dan Chin Peng pada 2 Dis 1989 di Hotel Le Garden, Hatyai, Thailand yang membawa kepada peletakan senjata oleh pengganas komunis. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd