Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Keamanan Bukan Sesuatu Yang...

MELAKA - Keamanan dan keharmonian yang dikecapi negara khususnya negeri Melaka bukan sesuatu...

Pihak Zoo Anjur ‘Perkahwinan’...

DHAKA - Pekerja sebuah zoo di Bangladesh mengadakan satu majlis meriah bagi meraikan...

Tun Mahathir Tak Setuju...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak perlu...

Serangan Panggilan ‘Spam’ Mungkin...

SERANGAN panggilan 'spam' ke atas telefon bimbit beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dipercayai...

Bantahan Kasta Dalit Belenggu India

NEW DELHI – Ratusan anggota keselamatan dihantar ke kawasan yang tegang dengan rusuhan, malah ada daerah di India dikenakan perintah berkurung akibat bantahan masyarakat berkasta rendah sejak dua hari lalu.

Semalam, dua rumah ahli politik dari kasta rendah, Dalit, dibakar ribuan perusuh dari kasta lain di daerah Alwar, Rajashtan.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, termasuk seorang di Alwar, dalam rusuhan yang tercetus selepas masyarakat Dalit membantah keputusan Mahkamah Agung yang dianggap menyebabkan golongan berkasta rendah terdedah kepada serangan.

Bulan lalu, mahkamah tidak membenarkan penahanan automatik terhadap mereka yang menyerang atau mengganggu Dalit serta kumpulan kasta rendah lain.

Dalam kejadian di Alwar, kira-kira 5,000 perusuh menggeledah rumah ahli politik tempatan dan bekas anggota Kongres sebelum membakar rumah terbabit.

Ketika kejadian, kedua-dua ahli politik dan keluarga mereka tiada di rumah.

Pegawai pentadbiran tertinggi daerah itu, Abhimanyu Kumar berkata, pihaknya sudah melakukan beberapa tangkapan dan perintah berkurung dilaksanakan.


“Seramai 600 hingga 700 anggota keselamatan tambahan dikerah mengawal keadaan,” katanya.

Golongan Dalit yang pernah digelar pariah, merangkumi 200 juta daripada 1.25 bilion penduduk India ialah kasta paling rendah di India.

Diskriminasi, terutama amalan kasta di India menjadi isu politik menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum Mei 2019.

Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) menuduh pembangkang mencetuskan bantahan berkenaan. – AFP/myMetro Online

Kategori