Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Warga Myanmar...

IPOH - Seorang pekerja kilang warga Myanmar ditemukan mati dipercayai ditikam manakala adiknya...

Hart, Wilshere Digugurkan Dari...

MENJELANG Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pasukan kebangsaan negara yang...

Najib Tidak Diwakili, Wajar...

PUTRAJAYA : Sabitan salah terhadap Datuk Seri Najib Razak wajar diketepikan selepas bekas...

UPM Disaran Hasilkan Teknologi...

BESUT - Universiti Putra Malaysia (UPM) disaran menghasilkan teknologi baharu dalam penanaman padi...

Rendang ‘Rangup’ Punca Ratusan Kebakaran Di Dapur

KETIKA ini tular dalam kalangan netizen di Malaysia bahkan Indonesia, Singapura dan Brunei yang kutuk juri program MasterChef UK kerana kritik rendang ayam hasil air tangan Zaleha Kadir Olpin.

Kedua-dua pengadil Britain itu menjadi bahan ‘dibelasah’ ramai pengguna media sosial Nusantara hanya kerana mendakwa ayam dimasak rendang tersebut konon sebagai tidak rangup dan garing seperti ayam goreng biasa.

Sedang isu ini hangat dibicarakan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) cuba ‘mencuri’ perhatian orang ramai untuk menasihati mereka supaya jangan membiarkan hidangan yang dimasak tidak dijaga di atas dapur.

Menurut kenyataan SCDF yang disiarkan menerusi laman sosial rasmi Facebooknya, sejumlah 402 kes kebakaran berlaku tahun lalu akibat perbuatan cuai sengaja membiarkan masakan di atas dapur yang apinya masih hidup.

Ia memuat naik gambar yang menunjukkan masakan di atas dapur ditinggalkan menjadi berasap dan menggunakan tanda anak panah untuk menunjukkan masakan hangus di atas dapur yang dipanggil sebagai ‘le crispy rendang’.

Baca: Isu Ayam Rendang Zaleha ‘Satukan’ Malaysia

Juga: Pesuruhjaya Tinggi UK Pun ‘Back-Up’ Zaleha

Dan: Chef Wan Gesa Juri MasterChef Mohon Maaf

Gambar itu turut disertakan kapsyen SCDF: “Jangan tinggalkan masakan anda di atas dapur hidup” manakala catatan keterangannya pula diakhiri dengan tanda pagar #CrispyRendang yang agak popular pada ketika ini.


Status terkini akaun Facebook SCDF itu disambut baik ramai netizen tempatan yang menyifatkan sebagai usaha kreatif untuk meningkatkan kesedaran orang awam berhubung masalah kebakaran akibat sikap kecuaian sendiri.

Malahan media republik itu melaporkan bahawa dalam tempoh kurang 14 jam sahaja, catatan Facebook agensi bomba pemerintah tersebut sudah pun mendapat hampir 5,000 tanda suka dan dikongsi lebih 3,000 pengguna.

Sesetengah netizen Singapura turut berjenaka dengan mengatakan bahawa kini baru mereka faham cara betul untuk membuat ‘rendang rangup’ seperti diinginkan juri rancangan MasterChef UK itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori