• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Kenakan Sekatan Ke Atas Tokoh Perniagaan Rusia

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat bercadang mengenakan sekatan ke atas ahli perniagaan Russia minggu ini menurut undang-undang yang mensasarkan Moscow kerana campur tangan pada pilihan raya AS 2016, kata sumber semalam.

Tindakan berkenaan disifatkan paling agresif diambil setakat ini terhadap elit perniagaan negara itu.

Langkah itu, yang akan memberi kesan kepada tokoh yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin, mencerminkan keinginan Washington meletakkan tanggungjawab ke atas Russia kerana dakwaan campur tangan dalam pilihan raya, yang dinafikan Moscow, walaupun ketika Presiden Donald Trump mengharapkan hubungan baik dengan Putin.

Trump berhadapan kritikan tajam kerana tidak bertindak secukupnya untuk menghukum Russia kerana campur tangan itu dan tindakan lain.

Pendakwa Raya Khas, Robert Mueller, menyiasat sama ada kempen Trump bersubahat dengan Russia, dakwaan yang dinafikan presiden itu.

Sekatan itu, yang akan diumumkan awal hari ini, menyusul keputusan AS pada 15 Mac lalu untuk mengenakan sekatan ke atas 19 individu dan lima entiti, termasuk perkhidmatan perisikan Russia, kerana serangan siber sejak dua tahun lalu.

Tindakan minggu ini termasuk sekatan ke atas tokoh perniagaan Russia, beberapa orang daripadanya mempunyai hubungan rapat dengan Putin selain dengan kerajaan Russia, menurut dua pegawai AS yang diberi taklimat mengenai langkah berkenaan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd