• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Pembangunan Islam Kerjasama Dengan AIIB

oleh Haris
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERJASAMA bakal dijalinkan antara Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) dengan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang didukung China untuk menangani cabaran pembangunan di negara ahli.

“IsDB dan AIIB merancang untuk menandatangani memorandum persefahaman tidak lama lagi. Kita punyai banyak ahli yang menyertai kedua-dua pertubuhan jadi ia satu kerjasama yang baik,” kata Presiden IsDB bandar Hajjar kepada Anadolu Agency.

AIIB yang mempunyai ahli 84 buah negara ditubuhkan oleh China dengan modal diikrarkan sebanyak AS$100 bilion. Misinya ialah untuk melabur dalam projek pelaburan di Asia dan juga wilayah lain.

Menurut Hajjar, 57 negara ahli Kumpulan IsDB memerlukan sebanyak AS$150 bilion setahun untuk membiayai infrastruktur dalam sektor tenaga sahaja.

“Ada sekitar 650 juta orang di Afrika yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik, jadi kerjasama dengan rakan antarabangsa lain ini, termasuk Bank Dunia dan Agensi Pembangunan Perancis, akan membantu menyelesaikan masalah ini,” kata Hajjar.

Kerjasama ini menandakan pengaruh China yang akan terus diperkukuhkan dalam kalangan negara-negara Islam.

AIIB ditubuhkan sebagai sebahagian institusi untuk membantu China berperanan sebagai sebuah kuasa global, yang mempunyai peranan dalam pembangunan di seluruh dunia.

Projek pembangunan di seluruh dunia sedang dijalankan oleh China sebagai komponen projek globalnya dikenali One Belt, One Road menghubungkan laluan darat dan lautan dari Asia ke Afrika dan Eropah.

Bagi dunia Islam, kerjasama ini membolehkan pelaburan yang lebih besar dilaksanakan memandangkan modal yang lebih besar boleh diperolehi daripada AIIB. – Mynewshub.cc

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd