• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagai ‘Dirasuk’, Umie Jilat Dinding Penjara Pudu

oleh
06/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI seorang pelakon, pastinya mereka mementingkan kualiti lakonan yang disampaikan serta penghayatan watak menjadi faktor utama sesebuah karya itu berjaya mencuri tumpuan penonton.

Filem Dukun yang dinantikan selama 12 tahun ini menyimpan pelbagai rahsia ketika proses pembikinan dijalankan.

Antaranya ialah apabila pelakon utama filem berkenaan, Datin Seri Umie Aida telah menjilat dinding Penjara Pudu di ibu negara yang tidak dialas bagi satu babak ketika dia berada di dalam penjara bersejarah itu.

Walaupun sudah dimaklumkan oleh pengarah, Dain Said, supaya menjilat dinding yang sudah dialas dengan kertas minyak, Umie seperti dirasuk oleh watak Diana Dahlan yang dibawanya.

“Bila pengarah jerit ‘action’ saya terus lupa diri! Lain tempat dialas, lain tempat yang dijilat!

“Jangan tanya macam mana rasa dinding Penjara Pudu sebab bila saya dirasuk dan roh lakonan dah masuk dalam badan, semua saya langgar!” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, Umie turut mengakui bahawa dalam semua babak yang dilakonkan, antara yang paling mencabar baginya ialah ketika babak di dalam sel.

“Bayangkan, ketika ‘menurun’ dalam penjara saya terpaksa duduk di atas adik saya Betty kerana babak tersebut saya ‘pinjam’ kaki Betty!

“Sakit pinggang tau, kerana bukan mudah untuk menjayakannya. Betty juga belerja keras kerana terpaksa bergerak dalam keadaan baring sedang saya berada di atas badan dia,” tambahnya lagi.

Baca: Umie Aida Bela Ular Untuk ‘Hidupkan’ Watak

Akui bahawa dirinya sangat fobia terhadap ular, tetapi demi membawa watak sebagai Dahlia Dahlan yang mengamalkan ilmu hitam, Umie terpaksa membuang segala fobia yang dialaminya sebelum ini.

Malah, Umie juga telah ‘berkawan’ dengan seekor ular selama dua bulan untuk memudahkan dia menghidupkan watak tersebut.

Selain itu, pelakon yang turut membintangi drama Mak Cun itu turut berasa sedikit kesal terhadap sesetengah individu yang membuat penilaian terhadap filem Dukun sebelum mereka menonton hasil usaha mereka.

“Saya sangat sedih mereka bercakap tapi tak tengok pun lagi filem ini.

“Saya lagi sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya,” ujarnya.

Selain Umie, barisan pelakon yang memantapkan kisah mendebarkan itu termasuk Adlin Aman Ramlie, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana dan Faizal Hussein. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: DUKUNNetizenUMIE AIDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Laman Facebook Johor Southern Tigers mencuri perhatian penyokong selepas memperkenalkan jersi baharu penjaga gol kelab bola sepak...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd