• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Patahkan Cubaan 12 PATI Filipina

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina memasuki perairan Kinabutan di sini, dengan menaiki sebuah bot pam, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata anggota APMM yang sedang meronda menerima maklumat mengenai perkara itu dan berjaya mengesan bot pam tanpa sebarang nombor pendaftaran cuba masuk ke perairan negara ini pada pukul 1 pagi.

“Bot pam itu didapati membawa enam lelaki dan enam wanita berumur antara 4 hingga 55 tahun dan kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas bot turut menemukan muatan tong gas kosong serta rokok jenama Astro yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Romli berkata, kesemua PATI dan barang rampasan dibawa ke jeti APMM Tawau kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 , Akta Kastam 1967 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut Romli, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti jenayah di laut termasuk kecemasan khususnya berlaku di perairan Tawau supaya menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999. – BERNAMA

Tags: APMMPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd