• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Jangan Jadi ‘Talam Dua Muka’

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Anggota UMNO di dinasihatkan agar tidak mengamalkan sifat ‘talam dua muka’ yang bukan sahaja menjadi parasit kepada parti malah mengundang kekeliruan kepada rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Saidon Kadis berkata sifat talam dua muka perlu dielakkan oleh semua anggota parti, khususnya di kalangan pimpinan yang sepatutnya menjadi teladan kepada anggota yang lain agar sentiasa memberi suntikan semangat kepada perjuangan parti dalam membela rakyat.

“Perkara asas ini sepatutnya menjadi tunjang dalam dalam perjuangan masing-masing, kerana jika berjuang untuk kepentingan peribadi, perjuangan yang dilakukan bukan berdasarkan kepada kesetiaan tetapi demi nama dan kepentingan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan peletakan jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepanggar, Azhar Matussin serta enam AJK yang lain yang berkuatkuasa serta merta pada Ahad.

Saidon berkata kematangan dalam berpolitik perlu sentiasa dipraktikkan tanpa dipengaruhi oleh emosi dan anasir luar sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah parti.

“Saya melihat segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas AJK Bahagian ini lebih bersifat andaian peribadi semata-mata dengan niat cubaan menghasut rakyat Sepanggar untuk berubah angin.

“Ini yang saya maksudkan seperti talam dua muka, sanggup menggadaikan diri kepada pihak lawan demi kepentingan peribadi,” tambahnya.

Baru-baru ini Azhar dalam satu kenyataan mengumumkan peletakan jawatan bersama enam lagi AJK UMNO Bahagian Sepanggar.

Dalam kenyataan itu, Azhar mendakwa hilang percaya kepada pucuk pimpinan UMNO bahagian itu kerana mengarahkan semua cawangan termasuk Pergerakan Wanita dan Putri supaya tidak menghadiri program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar yang kerusinya sebelum ini disandang Datuk Jumat Idris yang telah digantung keahlian dari UMNO. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Anggota UMNOPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd