• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PPBM Hantar Laporan Palsu Kepada RoS”

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat pemalsuan dokumen berkaitan mesyuarat agung PPBM bahagian serta cawangan di Merbok yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Anggota PPBM Bahagian Merbok, Zulkifli Ahmad mendakwa maklumat yang dihantar oleh Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya mengenai mesyuarat agung bahagian dan cawangan parti itu kepada RoS pada 29 Mac lepas adalah palsu.

Zulkifli membuat laporan polis selepas menonton kilp video yang memaparkan Muhammad Suhaimi menghantar laporan seperti yang diminta RoS yang dimuat naik dalam Facebook rasmi PPBM.

Beliau mengesyaki apa yang dihantar Muhammad Suhaimi itu adalah laporan palsu serta menipu RoS dan anggota PPBM.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan ketua bahagian PPBM Merbok, namun seingat saya, tidak pernah ada mesyuarat agung bahagian pada tahun 2017 dan saya hairan bagaimana atau perwakilan mana yang PPBM Merbok hantar ke persidangan parti hujung tahun lalu.

“Justeru memohon pihak polis menyiasat perkara ini demi keadilan kepada kami sebagai anggota parti PPBM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini. – BERNAMA

Tags: PPBMROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd