• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#AltimetAir Road Tour Hadiah Buat Peminat

oleh Haris
30/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM bersara pada hujung tahun ini, penyanyi rap, Altimet telah berhasrat untuk melakukan sesuatu untuk peminat yang telah setia menyokongnya sejak awal penglibatan dalam muzik.

Justeru, siri jelajah #AltimetAir Road Tour yang bermula 26 April lalu diadakannya sebagai tanda terima kasih kepada mereka dengan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh negara.

Bermula di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah tempoh hari, Altimet juga telah menghiburkan peminat di Kedai Kopi Shocka, Pulau Pinang dan Pasar, Karat, Johor Bharu, Johor sebelum ini.

Bagi menyambung siri jelajahnya itu, Altimet bakal bergerak ke empat lagi destinasi dalam masa terdekat ini sebelum berhenti seketika untuk menghormati kedatangan bulan Ramadhan.

Pada 2 Mei ini, Altimet akan berkunjung ke Padang Astaka, Kemaman, Terengganu dan kemudiannya disusuli disusuli Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang (3 Mei), Menara Taming Sari, Melaka (5 Mei) dan Tapak Car Boot Sales Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor (6 Mei).

Jelas Altimet, siri jelajah tersebut dalam masa sama merupakan promosi buat album terbaharunya yang diberikan judul Air.

“Siri jelajah ini juga menjadi sebahagian daripada rangka promosi album, Air yang baru dilancarkan bulan lalu. Ia menjadi platform saya bertemu mata dengan peminat sebelum saya bersara sebagai penghibur akhir tahun nanti.

“Ia juga dilihat sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kerjaya seni saya yang mencecah usia hampir 20 tahun,” katanya memetik BH Online.

Tambah Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman berkata, dia akan mempersembahkan lagu daripada album Air seperti Bunga dan Mambang yang kini menjadi siulan ramai serta beberapa lagu popularnya yang terdahulu.

Menceritakan perkembangan terbaharu, Altimet yang sebelum ini pernah mendedahkan kepada umum dirisik penjadi Pengurus dan Repertoire sebuah syarikat antarabangsa memberitahu sedang mempertimbangkan tawaran tersebut.

Selain itu, selepas menunjukkan persembahan mengagumkan dalam beberapa projek lakonan, Altimet turut tidak menolak berkecimpung dalam projek lakonan di masa hadapan.

“Belum ada hitam putih lagi mengenai tawaran itu. Saya ingin melihat hala tuju mereka dahulu. Sekiranya tawaran diberikan berbaloi untuk membantu perkembangan industri muzik, kenapa harus saya tolak.

“Begitu juga jika ada rezeki dalam dunia lakonan. Saya sedia mempertimbangkan, walaupun minat saya lebih terarah kepada dunia muzik,” katanya yang berminat membawa watak antagonis.

Terdahulu, Altimet mengumumkan akan bersara sebagai penyanyi pada 27 November depan sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 tahun. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Altimetpenyanyi rapsiri jelajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd