Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tambang Percuma MRT, LRT...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama...

Mangsa Banjir Di Limbang...

MIRI - Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 410 orang daripada 125...

Kantoi Kata Daim Dalang...

EMPAT hari lepas, penulis blog politik terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan Syed Saddiq...

Peladang Perlis Jalankan Projek...

KANGAR - Empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis mengorak langkah dalam sektor...

Ajal Selepas Samun Pengurus Kilang

BERANG disamun, pengurus kilang nekad memecut kereta dan mengejar dua penjenayah yang menunggang motosikal sejauh tiga kilometer hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut selepas dirempuh di Jalan Perusahaan Perai, Bukit Mertajam, hari ini.

Dalam kejadian 3 pagi itu, seorang lagi penjenayah patah kaki kanan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati pengurus kilang berusia 32 tahun itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya sebelum dia berhenti rehat di hentian selepas Jambatan Pulau Pinang kira-kira 2 pagi.

Menurutnya, mangsa mematikan enjin kereta dalam keadaan berkunci dan dia menurunkan sedikit semua cermin pintu kenderaannya itu sebelum tertidur kerana keletihan.

“Bagaimanapun, dia terjaga kerana terdengar pintu belakang bahagian kanan dibuka sebelum seorang lelaki menutup mukanya dengan tangan.

“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan ketika itu suspek mengambil komputer riba miliknya dan terus melarikan diri dengan motosikal bersama seorang lagi rakannya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa yang berang terus mengejar motosikal ditunggang dua suspek terbabit hingga ke Jalan Perusahaan Perai dan berlaku kemalangan antara mereka hingga menyebabkan seorang daripada penjenayah meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Hasil siasatan lanjut di lokasi kemalangan, polis menemui komputer riba yang mempunyai pelekat tertera nama serta gambar mangsa di sebelah mayat suspek.

“Siasatan mendapati suspek yang meninggal dunia berusia 26 tahun mempunyai satu rekod jenayah manakala rakannya yang berusia 25 tahun turut mempunyai satu rekod jenayah dan lima rekod kesalahan dadah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori