Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Diskaun Utiliti Usaha KPWKM...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha...

Kajian Klinikal Fasa 3...

PUTRAJAYA - Kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 bermula hari ini dengan penghantaran...

Beri Kebebasan Kepada Muller...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller...

Jue Aziz Sangkal Berhijab...

JIKA diperhatikan semakin ramai selebriti wanita tempatan mula berhijrah ke arah lebih baik...

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Di Buka

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu yang ditempatkan di Hotel Permai, Batuk Burok, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pusat bernilai RM10 juta itu diwujudkan dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Majlis Sukan Negara Terengganu dan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka.

Beliau berkata, pusat rehabilitasi itu, yang dilengkapi dengan peralatan canggih, menyediakan perkhidmatan kepada pesakit strok yang memerlukan rawatan fisioterapi, pesakit yang menjalani pembedahan serta atlet.

“Pembukaan pusat ini bagi menampung peningkatan pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat itu hari ini.

Menurutnya, sebuah jejantas akan dibina antara Hotel Permai dan Kuala Terengganu Specialist Centre (KTS) bagi memudahkan pesakit yang mendapat rawatan di pusat pakar itu menginap di hotel berkenaan.


Lawatan tersebut turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated, Dr Wan Ahmad Rudiman Wan Razak dan Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso, Dr Hafez Hussain. – BERNAMA

Kategori