• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

700 Lagi Kemasukan Matrikulasi Untuk Pelajar India

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet meluluskan tambahan 700 lagi penempatan untuk pelajar India mengikuti program matrikulasi di universiti awam tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, jumlah itu sebagai tambahan kepada 1,500 penempatan yang diluluskan kerajaan sebelum ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar daripada kaum tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Usaha itu juga bagi mencapai tujuh peratus pelajar kaum itu melanjutkan pengajian ke universiti awam. Inilah harapan saya dan ia bukanlahlah sekadar janji kosong tetapi janji yang akan dikotakan,” katanya semasa berucap melancarkan Skim Pelaburan Khas Masyarakat India (SPKMI) B40 di sini hari ini.

Tambahnya, disebabkan sistem meritokrasi yang diperkenalkan seorang pemimpin sebelum ini, kemasukan pelajar India menurun daripada tujuh peratus kepada empat peratus.

“Jadi saya terpaksa mencari jalan untuk memastikan semua kaum mendapat peluang sama dan tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan kerana meritokrasi menyebabkan kaum India menjadi ‘the biggest loser’,” katanya.

Najib berkata apa yang dilakukan kerajaan pimpinannya selama ini bukanlah semata-mata kerana pilihan raya, sebaliknya ia telah lama dilaksanakan, dan lebih banyak lagi akan dapat dilakukan jika Barisan Nasional (BN) terus diberikan kepercayaan mentadbir.

Selain itu, katanya tumpuan kerajaan pimpinannya merangkumi segala aspek bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga kemampuan untuk kaum India menabung demi masa depan lebih baik.

Justeru, beliau berharap kaum India akan menggunakan peluang untuk melabur menerusi SPKMI B40 yang disediakan kerajaan.

“Saya sarankan serta berharap masyarakat India B40 mengambil peluang itu kerana ia boleh menambahkan aset mereka,” katanya.

Pada 19 Jan lepas, perdana menteri mengumumkan tambahan 1.5 billion unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) di bawah SPKMI B40, sehingga had maksimum 30,000 unit setiap pelabur.

Setiap ketua isi rumah juga akan ditawarkan pembiayaan khas berjumlah RM5,000 untuk tujuan melabur dalam AS1M. Ia menyasarkan 100,000 isi rumah B40 masyarakat India bagi tempoh lima tahun dengan peruntukan dana berjumlah RM500 juta. – BERNAMA

Tags: Indiamatrikulasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Minta Semua Pelajar Cemerlang 10A SPM 2025 Diberi Penempatan Automatik Matrikulasi

DAP Minta Semua Pelajar Cemerlang 10A SPM 2025 Diberi Penempatan Automatik Matrikulasi

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP meminta semua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mendapat 10A ke atas diberikan penempatan...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd