Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengangkutan Bas Tingkat Sektor...

MELAKA - Sistem pengangkutan bas yang lebih cekap adalah antara komponen utama yang...

KJ Buat Lawatan Mengejut...

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kajang.

Sultan Mizan Rasmi Bangunan...

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenaan berangkat...

Tikus Di Celah Rak...

Umum mengetahui tikus adalah binatang yang sinonim dengan kekotoran.Jadi apabila ia ditemui bersama...

7 Buah Stadium Di England Yang Telah Berubah Wajah

SEBUT sahaja stadium tentu dapat digambarkan ia tempat yang sangat penting dalam perlawanan bola sepak. Namun, adakah semua stadium berkekalan sentiasa menjadi medan sukan tersebut?

Sedar atau tidak di England sahaja, hampir 20 kelab telah berpindah daripada stadium asal kepada stadium baharu sejak 20 tahun lalu dan jumlah berkenaan pula sebenarnya dilaporkan telah meningkat saban tahun.

Menurut portal online Semuanya Bola, terdapat beberapa stadium di negara itu telah bertukar wajah dan diubah suai dalam bentuk baharu selepas tidak lagi digunakan untuk sebarang pertandingan bola sepak tempatan.

1. Stadium Arsenal – Highbury Square

Selepas kelab Woolwich Arsenal berpindah daripada Manor Ground, London, Stadium Highbury yang terletak di London telah digunakan sejak September 1913 dengan ditukar nama kepada Stadium Arsenal.

Namun, ia hanya mampu bertahan selama 93 tahun apabila kelab itu berpindah ke stadium baharu, Stadium Emirates pada 2006 dengan perlawanan kompetitif terakhir menang ke atas Wigan 4-2 dalam aksi liga pada 7 Mei 2006 dan disaksikan oleh 38,359 penonton.

Kini, stadium yang pernah menyaksikan ramai legenda Arsenal beraksi telah bertukar menjadi Highbury Square yang dipenuhi dengan ratusan kediaman flat mewah.

2. Stadium Reebok/Macron – Pasar Raya Asda

Bermula tahun 1895, Burnden Park telah menjadi gelanggang rasmi buat kelab Bolton Wanderers untuk 102 tahun dan telah beraksi di stadium baru pada tahun 1997  iaitu Stadium Macron yang dahulunya dinamakan sebagai Stadium Reebok terletak di Greater Manchester.

Terdapat insiden yang telah berlaku yang mengakibatkan 33 penyokongnya mati dan hampir 400 lagi cedera selepas dua penahan tempat penonton runtuh dan para penyokong jatuh bertindih pada 1946.

Kemalangan tersebut berlaku apabila stadium ini lebih muatan dengan hampir 85,000 penyokong yang hadir melebihi kapasiti sebenar yang sepatutnya hanya memuatkan 15,000 penonton pada ketika itu.

Bermula 2005, stadium tersebut telah bertukar menjadi pasar raya Asda dengan dinding gedung beli-belah tersebut dihiasi legenda yang pernah beraksi untuk Bolton dan gambar stadium ketika dahulu.

3. Stadium Eastville – Gedung Perabot IKEA

Perlawanan di antara Bristol Rovers menentang Aston Villa pada April 1897 sekali gus menjadi perlawanan pertama di Stadium Eastville, Bristol.

Menariknya, stadium ini bukan hanya digunakan untuk perlawanan bola sepak, tetapi juga digunakan sebagi trek perlumbaan motosikal Bristol Bulldogs Speedway dan juga tempat perlumbaan anjing atau disebut greyhound.

Bristol Rovers berpindah ke Stadium Memorial pada 1996 dan Stadium Eastville digunakan untuk perlumbaan greyhound sehingga 1998. Stadium tersebut kemudian telah dirobohkan dengan digantikan gedung perabot IKEA.

4. Stadium Ninian Park – Kawasan Perumahan dan Tapak Pembangunan

Stadium Ninian Park dibina pada 1910 sempena nama Leftenan Kolonel Lord Ninian Edward Crichton-Stuart, seorang Polis Tentera yang terbunuh pada Perang Dunia Pertama disebabkan jasanya pernah menjadi penjamin kewangan kepada Cardiff City untuk tanah tersebut selepas penjamin sebelum ini menarik diri.


Pada 2009, kelab bola tersebut telah berpindah ke Stadium Cardiff City yang hanya 250 meter dari Stadium Ninian Park dalam wilayah Wales selepas perlawanan akhir di stadium keramat tersebut yang menyaksikan Cardiff City tewas 0-3 kepada Ipswich Town pada April 2009.

Kini, Stadium Ninian Park telah berubah wajah menjadi kawasan perumahan dan juga tapak pembangunan.

5. Stadium Maine Road – Rumah Kediaman

Terletak di Manchester, Stadium Maine Road milik kelab Manchester City pernah menjadi tuan rumah untuk perlawanan separuh akhir Piala FA, perlawanan sumbangsih dan juga perlawanan akhir Piala Liga.

Digelar ‘Stadium Wembley Utara’, stadium ini mempunyai mitosnya tersendiri apabila dianggap terkena sumpahan oleh puak gypsy apabila pegawai-pegawai telah menghalau penduduk gypsy dari kawasan tersebut.

Stadium yang dibina dengan mengambil masa selama 300 hari ini pernah menjadi tempat Manchester United berkongsi menggunakan tempat ini selepas Perang Dunia Kedua apabila Old Trafford mengalami kerosakan teruk.

Sejak stadium ini tidak digunakan lagi pada tahun 2003, pembinaan rumah kediaman telah bermula pada 2004 yang menempatkan lebih kurang 500 rumah hingga kini.

6. Stadium Victoria Ground – Tanah Lapang

Stadium Victoria Ground yang terletak di wilayah Stoke-on-Trent dinamakan sempena nama hotel berdekatan dengan stadium iaitu, Hotel Victoria pada 1878.

Pada 1976, ribut yang melanda telah menyebabkan kerosakan teruk pada stadium ini dan mengalami banyak halangan dalam usaha memperbaikinya sehinggakan terpaksa menjual beberapa permain Stoke City bagi menampung kos pemulihan stadium tersebut.

Selepas 19 tahun stadium telah dirobohkan, kawasan tersebut masih ‘kosong’ dan tiada sebarang pembangunan kerana pihak pemaju berhadapan dengan masalah kesesuaian tanah.

7. Stadium Goldstone Ground –Kedai Runcit

Kelab Hove FC dan Albion telah menggunakan stadium ini yang terletak di bandar Hove sejak Februari 1902.

Bagi mengelak kelab dari bankrap dan untuk menyelesaikan hutang yang semakin meningkat stadium ini telah dijual kepada pemaju pada tahun 1997 yang menimbulkan kemarahan penyokong kelab Albion sehingga melakukan protes.

Selepas perlawanan terakhir mereka, para penyokong telah meninggalkan ‘cenderahati’ buat kelab mereka dengan mengoyak rumput untuk dibawa balik dan merobohkan papan-papan iklan.

Tercatat dalam sejarah Stadium Goldstone Ground ditinggalkan disebabkan hutang yang tinggi dan terpaksa digadaikan. Setelah dijual kepada pemaju, stadium tersebut akhirnya menjadi kawasan kedai runcit. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori