• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

61 Kali Lawat Sarawak Bukti Keprihatinan Najib

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONG – Kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sarawak menjadi bukti bahawa beliau seorang pemimpin yang mengambil berat dan prihatin dengan rakyat di negeri Bumi Kenyalang, kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata berikutan melakukan lawatan sebanyak 61 kali sejak menjadi perdana menteri pada 2009, Najib amat memahami hasrat rakyat Sarawak.

“Inilah sebab mengapa kita harus mempertahankan dan mengekalkan beliau untuk menerajui kepimpinan kerajaan di negara ini (pada Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Menurutnya, ini berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang amat jarang melawat Sarawak sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

Nanta yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada Majlis Kasihi Pekebun Kecil Peringkat Kapit dan Seminar Pembangunan Sosioekonomi Bagi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Daerah Song di sini, hari ini.

Seramai 295 orang pekebun kecil, ketua masyarakat dan ketua kaum hadir pada majlis anjuran bersama oleh Risda dan Pejabat Daerah Song itu.

Berhubung manifesto BN negeri yang dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam, Nanta berkata ia bukan omongan kosong.

Sebagai contoh, Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) yang memantau pembangunan di kawasan itu turut dimasukkan di dalam manifesto itu dengan mengambil kira keperluan rakyat di kawasan itu, katanya.

“Segala bentuk pembangunan akan dirangka mengikut keperluan rakyat dan bukannya berdasarkan kepada perancangan kerajaan semata-mata,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd