• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60,000 Jentera Penerangan BN Dikerah Siap Siaga

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kira-kira 60,000 jentera penerangan Barisan Nasional (BN) bersiap siaga untuk menangkis serangan fitnah pembangkang yang dijangka meningkat pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata jentera penerangan akan menggunakan pendekatan lebih bersepadu yang bukan sahaja secara bersemuka dengan pengundi malah secara maya termasuk media sosial dalam memberi maklum balas segera terhadap fitnah.

“Jentera penerangan mesti berada di saf hadapan kerana kita jangka pembangkang merancang untuk menyebarkan berita palsu termasuk di saat akhir.

“Jentera akan digerakkan bagi memberi maklum balas segera kepada masyarakat berkaitan apa-apa berita palsu yang disebarkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ceramah Umum Tolak Pakatan Hipokrasi di Taman Kluang Barat, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali; Pengerusi MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu; Anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata kesiapsiagaan jentera penerangan dalam menangkis serangan ditekankan beliau dalam siri perjumpaan bersama anggota jentera di seluruh negara yang kini memasuki pusingan ketiga.

Beliau berkata, langkah itu turut bertepatan dengan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat.

“Jangan lupa pembangkang menabur berita palsu pada saat akhir pada pilihan raya umum lepas yang menyebabkan (ada kerusi) yang BN kalah,” katanya.

Beliau berkata antaranya adalah fitnah oleh seorang pemimpin pembangkang terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, dakwaan ribuan pendatang Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi serta cerita bekalan elektrik dipadamkan sehingga dipercayai masyarakat.

“Saya hendak ingatkan jentera penerangan untuk buat persiapan kerana berkemungkinan strategi sama dengan keadaan lebih licik lagi akan dilakukan pembangkang pada pilihan raya ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaBN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd