Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

SPRM Ingin Hubungi Muhammad...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menghubungi seorang lelaki bagi membantu...

Polis Beri Amaran Elak...

KANGAR - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati sengaja...

Exco Pahang Dikejar Ke...

KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab...

Ronnie Liu Dibebaskan Dengan...

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian...

6 Pemain Skuad B-13 Negara Tarik Minat Kelab Eropah

PERSEMBAHAN cemerlang skuad pembangunan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) pada Kejohanan Piala Joinville di Perancis baru-baru ini telah membuka mata beberapa kelab gergasi Eropah.

Kelab-kelab seperti Paris Saint-Germain (PSG), Manchester United dan Manchester City dilaporkan berminat mendapatkan khidmat enam pemain skuad AMD bawah 13 tahun (B-13) yang menyertai kejohanan tersebut.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, pemerhati daripada kelab itu tertarik dengan kebolehan pemain muda negara yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan itu.

Skuad AMD B-13 merupakan satu-satunya pasukan yang dijemput khas menyertai pertandingan itu bersama dengan 23 akademi bola sepak kelab Liga Perancis yang berlangsung pada 14 dan 15 April lalu.

Dalam kejohanan Piala Joinville tersebut, skuad AMD B-13 negara ternyata mempamerkan aksi baik dan berjaya menewaskan skuda akademi kelab ternama Perancis seperti PSG, Metz FC dan Nantes.

Skuad negara berjaya mara ke separuh akhir namun akhirnya tewas di tangan AS Nancy melalui penentuan sepakan penalti dan mengakhiri kejohanan di tempat ke-4 daripada 24 pasukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Safirul Azli Abu Bakar, dia mengesahkan bahawa wakil daripada beberapa kelab itu telah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan beberapa pemain skuad AMD B-13.

Jelasnya, pemain-pemain itu dijemput untuk menjalani latihan percubaan bersama akademi mereka selama dua minggu pada awal bulan depan.

“Pemerhati telah menghantar e-mel kepada jurulatih dengan menyenaraikan nombor jersi pemain yang mereka tertarik sepanjang menyaksikan kejohanan selama dua hari tersebut.

“Kebolehan pemain beraksi di peringkat antarabangsa sehingga dapat mara ke peringkat separuh akhir amat mengejutkan serta membuka mata pegawai-pegawai kelab Eropah terhadap kemampuan pemain Malaysia,” katanya kepada akhbar tersebut.

Safirul juga menyifatkan bahawa Malaysia sebenanarnya mempunyai pemain-pemain muda berbakat sejak dahulu lagi namun mereka ini tidak mendapat pendedahan seperti yang diperoleh skuad di bawah PPBN sekarang.


Pada kejohanan itu juga, dua pemain skuad AMD B-13 negara turut mendapat pengiktirafan penganjur apabila membawa pulang trofi sebagai pemain terbaik kejohanan dan juga penjaga gol terbaik.

Kedua-dua pemain berusia 13 tahun tersebut berasal dari Pahang di mana Rohisham Haiqal memenangi anugerah pemain terbaik manakala Hazriq Haqqim membawa pulang trofi penjaga gol terbaik.

Safirul juga berkata bahawa buat masa ini, dia tidak mahu mendedahkan enam pemain yang mendapat tawaran itu kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi pemain yang tidak dipilih.

“Kita mahu semua pemain yang telah berjaya mencipta kejayaan hingga ke tahap ini menggunakan segala pengalaman yang dilalui untuk meningkatkan lagi mutu permainan mereka.

“Bukan mudah untuk kita bersaing dengan akademi kelab-kelab ini kerana mereka sememangnya mempunyai fasi­liti yang sangat lengkap untuk membangunkan bakat-bakat muda bagi pembangunan bola sepak kelab masing-masing,” ujarnya lagi.

Safirul juga menyifatkan pendedahan yang diterima pemain-pemain muda ini memberikan keyakinan kepada mereka untuk beraksi di peringkat profesional serta dapat menghilangkan perasaan gugup mereka.

“Pada masa sama, saya juga berharap pemain yang terpilih dapat melakukan yang terbaik untuk membuka mata kelab-kelab Eropah supaya yakin bagi mengikat kontrak bersama pemain selepas usia mereka menjangkau 18 tahun,” tuturnya.

Pada waktu ini, skuad AMD B-13 masih berada di Perancis dan akan menyertai satu lagi kejohanan di negara itu pada 29 April ini di Paris sebelum berangkat pulang ke tanah air pada hujung bulan.

Bagaimanapun, enam pemain yang terpilih itu akan kekal di Eropah selama dua minggu bagi menjalani latihan percubaan bersama akademi kelab yang berminat mendapatkan khidmat mereka. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori