Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

RON97 Turun 5 Sen,...

Kuala Lumpur : Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter...

Israel Tuduh Hamas Rancang...

BAITULMAQDIS : Israel semalam, menuduh Hamas merancang menyerang kedutaannya di Sweden selepas pihak...

Juruletup Bunga Api Diberi...

SHAH ALAM - Juruletup bunga api dan tiga pembantunya diberi tempoh sehingga esok...

Sultan Kedah Menerima Darjah...

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah menerima Darjah Kerabat...

5 Teras Manifesto BN Johor Azam ‘Mengatasi’ Singapura

MUAFAKAT… Barisan Nasional (BN) Johor melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan misi khas mahu lonjak kemajuan negeri itu mengatasi jirannya, Singapura.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang juga Pengerusi BN Johor berkata bahawa manifesto negeri tersebut malahan menggariskan lima teras utama yang akan menjadi pemacu kemajuan di seluruh Johor.

“Kita tidak akan biar Johor sekadar halaman belakang kepada sesiapa pun. Apatah lagi sekadar menjadi pemerhati Singapura. Jadi, dalam perkara ini, Johor yang jolokannya ialah ‘harimau selatan’, akan tunjuk taring dan belang.

“Misi spesifik ini saya gelarkan sebagai ‘Mengejar Singa’,” kata Mohamad Khaled penuh bersemangat ketika berucap membentangkan Manifesto BN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di Johor Bahru, hari ini.

Manifesto BN Johor yang bertemakan Team Johor Untuk Dekad Baharu: Tawaran Masa Hadapan merangkumi 230 tawaran kepada rakyat negeri ini dan diletakkan di bawah lima teras utama dikenali sebagai Johor Hi-5.

Antara tawaran yang dapat perhatian ialah pembinaan taman tema sains fiksyen pertama di dunia, Sci-Fi Universe pada tahun 2019 dengan pelaburan RM400 juta dan memperkenalkan Insurans Bencana Alam Johor.

Ia direka untuk mangsa bencana alam selain menambah baik sistem amaran banjir. Selain lima kluster utama, BN Johor menawarkan pada Orang Muda Johor (OMJ), wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta komuniti Felda.

Antara tawaran BN Johor kepada belia yang mendapat sorakan ramai ialah pemberian bantuan RM500 kepada OMJ yang kali pertama berkahwin untuk pengantin pasangan muda dengan berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.


BN Johor turut perkenalkan program Pasport Pertama Bangsa Johor, iaitu pembiayaan RM50 untuk permohonan mendapatkan pasport kali pertama bagi OMJ berusia 30 tahun ke bawah, terhad kepada 3,000 penerima setahun.

“Ini adalah tawaran kami dari pasukan BN negeri dan tawaran ini disusun dengan dipimpin oleh tiga sasaran iaitu memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan bangsa Johor secara keseluruhannya.

“Ia juga memposisikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu selatan dan mempersiapkan serta melonjakkan Johor sebagai pesaing kepada semua, terutamanya jiran kita Singapura,” kata Mohamed Khaled.

Beliau turut berjanji mewajibkan pengisytiharan harta untuk Exco dan penjawat awam negeri kepada Menteri Besar, dan mewajibkan lafaz Ikrar Anti Rasuah dalam kalangan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ikrar itu juga melibatkan semua 5,000 kakitangan pihak berkuasa tempatan. Dalam usaha menyokong strategi Felda 2.0, BN Johor turut berjanji menyelesaikan isu perwarisan dalam tempoh lima tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori