• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Penduduk Palestin Maut Ditembak Rejim Zionis

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Seramai empat rakyat Palestin disahkan maut ditembak pasukan keselamatan Israel dalam pertempuran terbaru di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza, semalam.

Tunjuk perasaan itu disertai ribuan penduduk Gaza yang turut menerbangkan layang-layang, sebahagiannya membawa bersama bom Molotov iaitu antara taktik terbaru digunakan dan berjaya mencetuskan sekurang-kurangnya dua letupan kecil di kawasan dikuasai rejim Zionis.

Sumber pasukan penyelamat berkata, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua pemuda, masing-masing berusia 24 serta 25 tahun maut ditembak di utara Gaza manakala seorang lagi penduduk Palestin berusia 29 tahun ditembak mati di bahagian selatan.

Perunding khas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi proses perdamaian Asia Barat, Nikolay Mladenov dalam kenyataan di Twitter mengarahkan supaya siasatan terperinci dibuat susulan semua kematian berkenaan.

“Tindakan menembak ke arah kanak-kanak adalah sangat kejam! Bagaimana pembunuhan kanak-kanak di #Gaza boleh membantu #keamanan? Tidak! Ia hanya menambah kemarahan dan menyebabkan lebih banyak pembunuhan.

“Kanak-kanak perlu dilindungi dari keganasan, bukan terdedah atau dibunuh! Kejadian tragik ini perlu disiasat!” katanya menerusi Twitter.

Duta Palestin di PBB, Riyad Mansour pula turut mengulangi gesaan menuntut satu siasatan telus dan bebas susulan kejadian terbabit.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian penduduk Gaza akibat dibunuh tentera Israel meningkat kepada 38 orang sejak 30 Mac lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: PalestinZionis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd