• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Mayat Pelajar Dijumpai Dalam Tong Asid

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISTERI kehilangan tiga orang pelajar di sebuah universiti Guadalajara, Mexico pada 19 Mac lalu akhirnya terjawab apabila dijumpai mati di dalam tiga tong berisi asid.

Lapor AFP, mangsa, Salomon Aceves Gastelum, 25, Daniel Diaz, 20, dan Marco Avalos, 20, merupakan pelajar dalam bidang perfileman di Universiti Media Audiovisual.

Saksi memberitahu, mereka telah ditahan oleh sekumpulan enam hingga lapan lelaki, sebelum dibawa lari dengan menaiki sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan penggambaran filem.

Tiga tong berisi asid berkenaan dijumpai di Tonala, kawasan tiga orang pelajar tersebut membuat pengembaraan.

Ketua penyiasat, Lizette Torres, berkata penculik adalah sindiket yang amat berpengaruh di kawasan berkenaan mempunyai kaitan dengan kartel dadah Jalisco New Generation.

“Setakat ini tiada bukti yang menunjukkan semua mangsa mempunyai hubungan dengan mana-mana kartel.

“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mangsa dalam tong berisi asid terbabit,” katanya.

Pihak penyiasat percaya ahli keluarga salah seorang pelajar itu terbabit terlibat dengan persaingan kartel dan pembunuhan itu mungkin bermotifkan dendam.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan penculik berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kartelpelajarTong Asid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd