• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Juta Peluang Pekerjaan Bukti Kecaknaan BN

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan dalam aku janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah tentu antara sandaran utama Barisan Nasional dalam memenangi hati pengundi muda seluruh negara.

Jumlah itu bukanlah gimik di atas kertas semata-mata tapi ia telah dibuktikan dengan pencapaian kerajaan lima tahun lalu yang menjana 2.26 juta peluang pekerjaan hasil perancangan rapi di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kakitangan swasta, Mohd Muizzuddin Abdullah, 26 dari Kuala Terengganu berkata manifesto berkenaan dilihat satu pendekatan terbaik kerajaan terutama kepada golongan muda yang masih bertatih mencari pekerjaan yang bersesuaian.

“Tidak dinafikan, kita golongan graduan khususnya yang baru habis pengajian terasa beban hutang kerana kebiasaannya mereka terikat dengan pinjaman pelajaran..manifesto yang dilancarkan BN untuk mewujudkan sebanyak tiga juta pekerjaan kepada belia adalah tepat dan saya yakin ia mampu dicapai.

“Sekarang pun saya hanya bekerja secara kontrak dan sekadar ingin mencari pengalaman yang sama dalam bidang yang saya belajar di universiti. Jika ia dilaksanakan, sudah tentu ia dapat membantu kami yang masih mencari punca kewangan tetap,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Muhammad Hafiz Jalil, 25, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengharapkan lebih banyak program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diwujudkan dalam memberi modal tambahan kepada siswazah yang baru menamatkan pengajian.

“Kebanyakan majikan sekarang tidak mahu mengambil siswazah yang betul-betul ‘segar’ habis belajar untuk terus bekerja dengan mereka. Program berbentuk perantisan seperti SL1M sebenarnya banyak membantu kami golongan graduan yang baru tamat belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar.

“Selain itu juga, dengan tambahan mereka yang telah habis kontrak bekerja dengan SL1M ini akan menghasilkan lebih banyak tenaga kerja yang lebih arif sekaligus ia mampu mengurangkan pengambilan tenaga kerja buruh asing yang mana kelayakan dan kepakarannya lebih kurang sama dengan lepasan graduan dalam negara,” katanya.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusup menyambut baik manifesto Janji Anak Muda yang menampakkan kesungguhan kerajaan BN untuk mengangkat isu anak muda.

Tambah beliau, kerajaan yang baik akan memberikan perhatian kepada masyarakatnya dan antara isu dalam masyarakat kini adalah pekerjaan dalam kalangan belia.

“Penyediaan pekerjaan seperti yang diumumkan dalam manifesto dapat dijayakan apabila kerajaan pada penggal khidmat yang lalu telah melatih belia dengan ilmu, kemahiran, pembangunan watak dan keyakinan diri. Pastinya mereka melalui proses pendidikan formal dan aktiviti pembangunan belia.

“Beberapa inisiatif terdahulu seperti Program dan Pembelajaran dalam Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), SL1M , Agropreneur Muda, program-program persatuan belia yang membantu menyediakan dan mempersiapkan mereka mengisi kekosongan jawatan atau lebih penting melakukan pekerjaan sendiri.

“Maka oleh sebab itu, MBM berkeyakinan sasaran tiga juta itu dapat dicapai kerana sumber manusia muda negara telah dipersiapkan untuk cabaran melangkau sempadan negara hatta ke peringkat global. Asas inilah penting agar mandat perlu diberikan sekali lagi demi kelangsungan perancangan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Tags: BNpekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd