• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,626 Sertai Kejohanan Dam Aji Antarabangsa

oleh
13/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERIAH… Kejohanan Dam Aji Antarabangsa 2018 melibatkan seramai 2,626 peserta di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini diiktiraf paling ramai penyertaan.

Lapor Sinar Harian, acara permainan itu melibatkan 25 sekolah rendah dan 18 sekolah menengah dari seluruh negeri tersebut serta dari 12 negara luar termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Senegal dan Britain.

Kejohanan anjuran Yayasan Generasi Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) dicatatkan penyertaan teramai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK, Profesor Dr. Zaliman Sauli berkata, peserta kali ini melibatkan pelbagai kelompok iaitu murid sekolah, penuntut pengajian tinggi, pekerja agensi kerajaan dan juga kelab dan persatuan Dam Aji.

“Peserta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas.

“Kita menawarkan hadiah utama RM3,000 bagi setiap kategori selain cabutan bertuah berupa motosikal,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohamad Alex Edward; Ketua Pegawai Eksekutif YGM, Dr. Roslan Basaruddin dan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti UMK, Prof. Madya Dr. Mohad Aniz. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: antarabangsaDam Aji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan kumpulan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) meraih...

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

04/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama serantau apabila berjaya menarik minat lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd