Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Dakwa Saudi Tak...

KUALA LUMPUR - Gabungan parti pembangkang Malaysia dikenali sebagai Pakatan Harapan menempelak Arab...

ABC Gergasi Kini Sedang...

TIDAK dinafikan orang Malaysia suka makan dan dalam usaha untuk menarik minat pelanggan,...

Wanita Ketagih Pembedahan Plastik...

SEORANG wanita yang ketagih kepada pembedahan plastik hingga sanggup melakukan 20 prosedur kecantikan akhirnya...

Tak Tahan Bau 100...

GUADALAJARA - Pihak berkuasa Mexico berusaha mencari sebuah parkir kosong semalam untuk menempatkan...

2,000 Siswa Bantu BN Berkempen PRU14

KUALA LUMPUR – Seramai 2,000 Siswa Barisan Nasional (SBN) akan turun menjelajah ke kawasan Parlimen terpilih di seluruh negara bagi membantu kempen BN sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden SBN, Muhammad Ajmal Md Shater berkata jentera itu akan digerakkan secara berperingkat dalam kumpulan yang kecil mulai Ahad ini hingga hari terakhir kempen PRU14.

“Pendekatan kami adalah berkempen meraih undi khususnya pengundi muda dari rumah ke rumah dan kedai kopi dengan menyalurkan maklumat tepat mengenai agenda serta perjuangan UMNO dan BN. Golongan ini menjadi sasaran kerana mereka adalah penentu kepada keputusan PRU14,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran jentera SBN di sini, hari ini.

Pelancaran disempurnakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta turut dihadiri penaung SBN, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Dalam pada itu, Razali berkata SBN adalah kesinambungan kepada Siswa 4U yang berkempen untuk BN pada PRU13, sejak pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2012 yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik di luar kampus.


”Dahulu mereka (mahasiswa) memberi sokongan tidak secara terbuka kepada BN, tetapi apabila melihat ada nama mahasiswa yang berkait terus dengan parti pembangkang, maka mereka sendiri menggelarkan SBN.

”Saya tidak pernah menyuruh tetapi hanya menyelia apa kehendak mereka supaya ia tidak melanggar undang-undang tertentu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei sebagai tarikh pengundian awal. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori