• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kes Jangkitan Hama Di Sebuah Sekolah Kampar

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 13 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan di Kampar mengalami gatal dan berbintik pada tangan dan kaki dipercayai dijangkiti hama yang kemudiannya dikenal pasti daripada bangkai haiwan di siling sebuah blok bangunan sekolah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menerusi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah menerima laporan pihak sekolah berkenaan mengenai beberapa murid mengalami simptom itu pada pukul 11.30 pagi, dua hari lepas.

“Pihak CDC menjangkakan murid-murid tersebut akan ke Klinik Kesihatan Kampar untuk menerima rawatan tetapi mereka tidak hadir.

“Namun apabila pergi ke sekolah berkenaan, kami mendapati sekumpulan murid berkumpul di kantin sekolah. Mereka diberikan rawatan ubat sapu.

Pihak CDC menemubual kesemua 128 murid terbabit dan mendapati 13 daripada mereka mengalami gatal serta bintik pada tangan dan kaki,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, ekoran itu sebuah blok bangunan yang menempatkan bilik sukan, bilik guru serta kelas murid Tahun 1, 2 dan 3 ditutup mengikut Seksyen 18(1)(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Unit Vektor Jabatan Kesihatan berdekatan juga telah diarahkan untuk naik ke siling blok tersebut dan membuat pembersihan bagi mengeluarkan bangkai dan tulang haiwan yang menjadi punca hama,” katanya.

Noor Hisham berkata sebelum ini satu aduan mengenai serangan serangga (hama) di bangunan sekolah itu diterima oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pusat Kesihatan Derah (PKD) Kampar pada 12 Mac yang lepas.

“Pemeriksaan terhadap aduan itu telah dijalankan pada 15 Mac dan pemeriksaan kali kedua dijalankan pada 19 Mac bersama unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS). Semasa pemeriksaan dijalankan, didapati bumbung kelas murid Tahun 1,Tahun 2,Tahun 3, bilik guru serta stor sukan menjadi sarang kepada haiwan seperti burung hantu, tikus ,biawak dan haiwan lain.

“Pemeriksaan pada 15 Mac juga mendapati kira-kira 11 orang guru mengadu gatal pada ketiak,tangan,leher,kaki dan badan. Guru-guru tersebut telah berpindah ke bilik pusat sumber,” katanya.

Jelasnya lagi pada 19 Mac pula, kira-kira empat orang guru masih mengadu gatal pada ketiak dan leher namun tiada murid-murid yang mengadu gatal-gatal semasa pemeriksaan dijalankan.

Menurut Noor Hisham lagi, pada 21 Mac yang lepas, Unit Vektor telah menangkap dua ekor burung hantu yang menjadikan siling tersebut sebagai sarang selain membuat semburan kabus.

“Ini berpunca daripada struktur siling bangunan itu yang tidak ditutup dengan betul. Terdapat ruang dan papan telah tercabut dan mudah dimasuki oleh haiwan dan serangga. Sisa-sisa sampah dan habuk serpihan tulang juga telah diambil untuk mengenalpasti hama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Yang Menakjubkan Bila PH Guna Logo PKR

Next Post

Anggota TLDM Tak Boleh Terlibat Dalam Aktiviti Politik

Related Posts

Jangan Beli Arak Tiruan – KP Kesihatan

23/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai...

Waspada Tanda Awal Strok Haba

17/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda awal serangan strok haba berikutan cuaca panas dan kering yang tidak...

Next Post

Anggota TLDM Tak Boleh Terlibat Dalam Aktiviti Politik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd