Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

TH Upah 2,422 Individu...

MAKKAH - Tabung Haji mengupah 2,422 individu untuk mengerjakan badal haji bagi pihak...

Keluarkan Fatwa Tanpa Ilmu...

KUANTAN - Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenai fatwa tetapi bertindak mengeluarkan sesuatu...

Bergegas Balik, Sedih Tahfiz...

BANGKOK – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berada di...

Bayi Menyusu Botol Tiba-tiba...

Nilai: Bayi lelaki berusia empat bulan yang sedang menyusu botol secara tiba-tiba tidak...

Waspada Tanda Awal Strok Haba

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda awal serangan strok haba berikutan cuaca panas dan kering yang tidak menentu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia termasuk suhu badan individu yang melebihi 40.5 darjah Celsius berbanding suhu biasa badan manusia kira-kira 37 darjah Celcius.

Katanya, suhu yang tinggi itu juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma seterusnya mengakibatkan kematian.

“Petanda lain membabitkan serangan itu ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Selain itu, individu terbabit akan merasai otot lemah serta kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, seramai 61 peserta kursus pemilihan Unit Tindakan Khas yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa Kuala Kubu Bharu, dikejarkan ke hospital selepas diserang strok haba.

Daripada jumlah itu, seramai 16 mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. – BH ONLINE

Kategori