• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota TLDM Tak Boleh Terlibat Dalam Aktiviti Politik

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) diingatkan supaya tidak terlibat secara aktif dalam mana-mana aktiviti politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kesemua anggota perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam Peraturan Am Angkatan Tentera iaitu tidak melibatkan diri secara aktif dalam mana-mana parti politik.

“Sebagai anggota keselamatan negara, kita perlu bertugas menjaga keselamatan negara tanpa terlibat dengan sebarang unsur politik dan berkempen semasa menjalankan tugas.

Bagaimanapun, undi adalah rahsia dan kita sangat menggalakkan kesemua anggota untuk keluar mengundi dan undilah dengan bijak tanpa dipengaruhi dengan unsur-unsur yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Fair Winds and Following Seas 2018 di Dewan Shariff, pangkalan TLDM di sini hari ini.

Pada majlis ramah mesra itu, hampir 1,000 pesara TLDM diraikan sebagai menghargai jasa dan pergorbanan mereka sepanjang dalam perkhidmatan.

Ahmad Kamarulzaman turut menyampaikan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sijil penghargaan TLDM kepada para pesara.

Dalam pada itu, Ahmad Kamarulzaman berkata semasa hari mengundi, anggota TLDM yang ingin pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mereka akan diberi cuti tanpa rekod bagi memudahkan urusan selain menggalakkan anggota untuk pergi mengundi.

Beliau berkata mana-mana anggota TLDM yang berada di luar negara pula sama ada terlibat dalam operasi dan berada berjauhan dari kawasan tempat mengundi atas urusan tugasan akan dibenarkan mengundi secara pos.

“Kita tetap menggalakkan kesemua anggota TLDM yang berada di luar negara untuk mengundi awal melalui pos dan menjadi tanggungjawab TLDM memberikan kemudahan sewajarnya kepada anggota dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd