NEW YORK – Seorang terkorban manakala empat lagi anggota bomba cedera ringan dalam kebakaran di tingkat 50 Trump Tower di sini, kata pegawai bomba.
Mangsa, seorang lelaki yang menghuni pangsapuri di sini meninggal dunia di hospital dan masih belum dikenal pasti identitinya.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memiliki pejabat dan kediaman peribadi di bangunan yang terletak di tengah bandar Manhattan itu berada di luar daerah ketika kejadian.
Pihak berkuasa bomba masih belum mengenalpasti punca kebakaran, sambil menambah tiada anggota keluarga Trump berada di bangunan itu ketika kejadian.
Kira-kira 200 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian yang dikategori sebagai kebakaran tahap empat.
Januari lalu, tiga orang cedera dalam satu kebakaran yang berlaku di tingkat paling atas Trump Tower. Seorang anggota bomba dimasukkan ke hospital manakala dua lagi mengalami cedera ringan, kata Jabatan Bomba New York. – Reuters/BH ONLINE

