• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Sindiket Guna Nama Dan Logo Mahkamah

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) meminta orang ramai berwaspada terhadap kegiatan sindiket yang menghantar dokumen palsu secara rambang mendakwa mewakili mahkamah berkaitan kes saman dan pewarisan harta.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar berkata sindiket itu juga menggunakan nombor talian am mahkamah untuk menghubungi mangsa dengan mengatakan mereka berhutang dan perlu hadir ke mahkamah, waran tangkap dikeluarkan selain memindahkan sejumlah wang ke pihak ketiga.

“Kes ini mulai dikesan pada pertengahan tahun lalu. Selain itu, terdapat peningkatan panggilan palsu dari hujung tahun lepas sehingga awal tahun… Ia daripada mahkamah menyebabkan orang ramai mudah percaya.

Pejabat ini ingin menegaskan bahawa pihak makkamah tidak akan sewenang-wenangnya membuat panggilan telefon secara rambang dan menghantar dokumen melalui e-mel atau aplikasi Whatsapp kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai yang menerima panggilan atau e-mel dan aplikasi WhatsApp yang menggunakan nama mahkamah supaya membuat laporan polis.

Menurutnya, dalam kes terbaru pada 5 Mac lepas, mangsa menerima panggilan kononnya daripada kakitangan mahkamah rayuan yang meminta mangsa membuat bayaran untuk menyelesaikan kes pinjaman perumahan bank.

Latifah berkata satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah menerima aduan daripada mangsa penipuan yang menggunakan dokumen palsu mahkamah.

Sehingga kini, katanya, sebanyak sembilan laporan polis telah dibuat berhubung cubaan menipu itu.

Latifah berkata dokumen palsu yang dikeluarkan termasuk perintah penangkapan dan perintah pembekuan menurut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang meminta mangsa merahsiakan kes jenayah bagi mengelakkan siasatan polis.

Seterusnya, mangsa akan diminta untuk memindahkan aset-aset Jabatan Audit Negara untuk membuktikan bahawa mangsa adalah tidak bersalah, katanya.

Beliau berkata dokumen menggunakan kepala surat itu seakan-akan kepala surat PKPMP beralamat di Aras 2 Istana Kehakiman, Presint 3 di sini.

Menurutnya, dokumen palsu yang mempunyai cop mahkamah dan nombor rujukan itu ditandatangani secara digital oleh Sabariah Othman, Timbalan Ketua Pendaftar 1 (Operasi) dan Puan Dora Anak Undau Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaysia, Istana Kehakiman.

Namun, katanya, kedua-dua jawatan dalam surat itu adalah tidak betul memandangkan Sabariah merupakan Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi) manakala Dora pula merupakan Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Kuching.

“Sindiket penipuan itu juga mengeluarkan dokumen seperti “certificate of legality”, surat permohonan atau perintah melalui “Ministry of Justice, Selangor Judiciary, Probate Department” atau “High Court of Justice, Justice Department” sedangkan semua ini bukan dokumen daripada mahkamah,” katanya.

Latifah menyarankan orang ramai membuat semakan dengan menghubungi Unit Komunikasi Korporat PKPMP di 03-8880 3663 atau melalui e-mel [email protected] atau membuat e-aduan di www.kehakiman.gov.my atau melalui melalui Facebook Badan Kehakiman Malaysia/The Malaysian Judiciary. – BERNAMA

Tags: mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd