• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Kudung Ditetak Suami Dapat Tangan Bionik

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu kepada dua anak, Margarita Grachyova, 25, yang hilang sebelah tangan kanan selepas ditetak oleh suaminya, kini mendapat tangan bionik.

Dia diterbangkan dari Rusia ke Jerman untuk mendapatkan tangan baru tersebut.

Dengan tangan ala robot itu, Margarita kini dapat memeluk anak-anaknya. Pada masa sama, Magaita terpaksa menjalani sesi pemulihan untuk tangan kirinya, yang turut ditetak.

“Apa yang penting ialah kesihatan dan saya sudah tunjukkan pada anak-anak saya bahawa ibu mereka ada tangan robot,’’ kata Margarita.

Wanita itu menjadi mangsa serangan suaminya, Dmitry, 26, pada Disember tahun lepas. Lelaki berkenaan memotong kedua-dua tangannya kerana menyangka Margarita curang selepas wanita tersebut memohon cerai.

Margarita diikat di pokok sebelum Dmitry menetak kedua-dua tangan isterinya. Dia kemudian dikejarkan ke hospital oleh lelaki kejam itu.

Hanya tangan kirinya sahaja berjaya disambung semula oleh doktor meskipun lapan tulang tangan telah patah dan hampir hancur akibat ditetak oleh suaminya. Dia dijangka mampu menggunakan 70 peratus daripada tangan kiri tersebut.

Manakala tangan kanan Margarita tidak dapat disambung. Kisah Margarita menjadi inspirasi di Rusia mengenai bagaimana ketabahan dan keberaniannya dalam menghadapi kesukaran.

Dmitry telah ditahan dan kini sedang menjalani pemeriksaan psikiatrik sementara menanti perbicaraan diadakan.Buat masa ini, Margarita masih belum mampu memakai baju dan terpaksa dibantu oleh ibunya, Sheikina. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TanganWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd