• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular Wanita Dilarang Masuk Balai Polis Dinafi

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menyangkal dakwaan tidak membenarkan seorang wanita masuk ke dalam balai polis seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi enam minit 28 saat mengenai seorang wanita yang mendakwa polis tidak membenarkannya masuk ke balai polis Alam Damai, Cheras selepas diekori sebuah kereta lain.

Malahan, Mazlan berkata pihak polis telah menahan tiga remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia kerana disyaki membuat ugutan terhadap wanita berkenaan pada 8.30 malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian pada 11 malam semalam, wanita berusia 41 tahun itu mengambil anak lelakinya di sebuah pusat tuisyen di Alam Damai serta difahamkan memandu dalam keadaan bahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya lain.

“Ekoran itu, sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki tiga lelaki di belakang kereta wanita itu tidak berpuas hati lalu menjerit dan mengekori kereta wanita terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Alam Damai, malam ini.

Katanya wanita berkenaan yang terasa terancam dan ketakutan kemudian memandu sehingga ke pintu depan balai polis tersebut.

Mazlan berkata anggota polis yang bertugas di balai berkenaan bergegas menemui wanita itu dan bertanyakan apa yang berlaku, manakala kereta yang mengekori mangsa terus beredar.

“Waktu anggota polis sedang bertanyakan apa yang berlaku, wanita berkenaan cuba memberitahu keadaannya tetapi tidak jelas kerana mangsa hanya menurunkan separuh cermin keretanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes TularPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd