• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Kejar, Lapah & Makan Anjing Kejutkan Ramai

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU klip video yang memaparkan seorang lelaki yang mengejar dan melapah anjing sebelum memakannya, telah tersebar di Venezuela sekali gus menunjukkan betapa rakyat negara itu kini hidup dalam kesengsaraan.

Lelaki berkenaan yang dalam keadaan kurus kering dan kelaparan merupakan pengemis di jalanan. Selepas menetak anjing itu dia terus memakan dagingnya.

Video mengejutkan itu dirakamkan di Los Guayos di Venezuela dan ia kini dijadikan sebagai bahan oleh media tempatan untuk mendedahkan mengenai penderitaan yang ditanggung oleh penduduk.

Venezuela yang pernah menjadi negara pengeluar minyak terbesar kini berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk. Penduduk di situ kebanyakannya menyalahkan Presiden Nicolas Maduro kerana pengurusan kewangan yang teruk.

“Hanya di Venezuela anda akan menemui orang ramai mengejar anjing untuk dimakan. Maduro (presiden) kau memang hebat,’’ demikian sindiran salah seorang penduduk.

Dalam pada itu, pakar pemakanan Marianella Herrera berkata lebih 80 peratus penduduk tidak makan dengan betul manakala lebih separuh ibu bapa di Venezuela tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk anak mereka.

“Lebih 60 peratus isi rumah masuk tidur dalam keadaan kelaparan kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli barang,’’ katanya.

Sementara Dana Kewangan Antarabangsa meramalkan inflasi akan mencecah 13,000 peratus pada tahun ini manakala ekonomi negara itu akan menguncup lagi 15%.

Pengeluaran minyak Venezuela kini kekurangan 1.5 juta tong sehari. Disebabkan keadaan ini lebih separuh daripada penduduk Venezuela mahu berhijrah ke negara lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingVenezuela
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd